TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH KUARI JOHOR

TAKLIMAT KAEDAH-KAEDAH KUARI JOHOR

Johor Bahru, 8 November 2018 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor telah menganjurkan sesi seminar berkenaan "Kaedah-kaedah Kuari Johor 2016" yang diadakan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. Seramai 130 orang telah hadir dalam seminar berkenaan yang terdiri daripada ahli-ahli JQA (Johor Quarries Association), konsultan, agensi daripada jabatan teknikal dan PTD.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 10/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 10/2018

Johor Bahru, 1 November 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hazli b. Mohd Hanapi, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Iedil b. Omar dan pembaca ikrar oleh En. Nurina bt. Jusoh. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

PROGRAM SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Batu Pahat, 21 Oktober 2018 - JMG Johor telah mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2018 Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. YB Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran yang juga Wakil Rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor telah menyempurnakan perasmian HASN 2018 Peringkat Negeri Johor.

Baca selanjutnya

GEOPARK PERTAMA JOHOR DI MERSING

GEOPARK PERTAMA JOHOR DI MERSING

Mersing, 28 Oktober 2018 - Daerah Mersing mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai geopark pertama Johor oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan. Adun Endau, Alwiyah Talib berkata, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mersing apabila menjadi sekolah angkat pertama geopark di Johor amnya dan Mersing khususnya. Menurutnya, seperti mana difahamkan bahawa 300 juta tahun dahulu, Mersing merupakan kawasan gunung berapi yang aktif di mana kenyataan tersebut disokong oleh jenis batuan yang mendasari bumi Mersing.

Baca selanjutnya

JMG JOHOR DI MINGGU SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

JMG JOHOR DI MINGGU SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

Johor Bahru, 13 November 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk membuat pameran di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Bandar Baru Uda sempena aktiviti minggu sains sekolah tersebut.

Minggu Sains SK Bandar Uda 2 merupakan aktiviti tahunan yang diadakan tiap-tiap tahun bagi mengisi masa terluang pelajar-pelajar sekolah berkenaan selepas tamatnya peperiksaan akhir tahun. Dengan adanya aktiviti ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar berkenaan geologi dalam kehidupan dan sedikit promosi berkenaan "Mersing Geopark".

Baca selanjutnya