SALAM MAAL HIJRAH 1443H (2021)

SALAM MAAL HIJRAH 1443H (2021)

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1443H" kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Hijrah itu bukan pelarian, tetapi tuntutan dari Tuhan. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan amalan agar hidup sentiasa aman. 

Ucapkan selamat tinggal kepada 1442 Hijrah dan Selamat datang kepada 1443 Hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 29 Julai 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Faizullah b. Mohamad Azman, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.

Baca selanjutnya