PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Negeri Kelantan 2015 telah diadakan di Dewan Pusat Transformasi Keilmuan Parlimen Machang, Kg.Cherang Bukit Tiu, Machang, Kelantan.Perasmian majlis telah dilaksanakan oleh Dato’ Mokhtar bin Mustapha, Pengarah JPP Negeri Kelantan yang mewakili Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Majlis ini juga turut dihadiri Tuan Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Kelantan (JMG Kelantan) yang mewakili Tuan Pengarah JMG Kelantan.

1

Baca selanjutnya

Lawatan Turun Padang PPO

Pada 29 April 2015 yang lalu, Pejabat JMG Kelantan menerima kunjungan rasmi daripada Pengarah Penyelarasan Pelaksanaan Operasi (PPO), Tuan Haji Ab. Halim bin Hamzah sempena lawatan turun padang ke JMG Kelantan. Beliau diiringi oleh Puan Siti Aminah binti Abd. Sarif, Tuan Haji Nurzaidi bin Abdullah dan Encik Samizun bin Said. Program pada hari pertama dimulakan dengan lawatan Pengarah PPO dan rombongan ke tapak telaga air tanah yang dibina di bawah Program Pencegahan Kebakaran & Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar di kawasan Batu Karang, Pasir Mas. Beliau telah diberi penerangan berhubung keberkesanan dan sumbangan JMG dalam program tersebut. Seterusnya rombongan PPO telah dibawa melawat tapak tanah bangunan baru Pejabat JMG Kelantan yang terletak di Tunjung, Kota Bharu.

Baca selanjutnya

HARI KELUARGA JMG KELANTAN TAHUN 2014

HARI KELUARGA JMG KELANTAN TAHUN 2014

Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan bagi Tahun 2014 telah diadakan pada 27 September 2014. Sambutan tersebut telah diadakan di Sri Nipah Resort, Kg. Kuala Nipah, Bachok Kelantan.


Seperti biasa sambutan hari keluarga dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli JMG dan keluarga. Disamping mendaftar, ahli telah diwajibkan untuk membuat tekaan benda dan pada sambutan kali ini adalah meneka biji betik. Selain itu, Ahli juga diwajibkan mencabut nombor cabutan bertuah serta diberikan cenderahati pendaftaran kepada setiap keluarga.

Baca selanjutnya