Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang

Oleh  : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

13 Oktober 2018 (Sabtu). Program Hari Sukan Negara 2018 peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan dengan jayanya dan meriah di Kuantan. Program ini merupakan program tahunan, serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia sempena Program Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di KL Sport City, Bukit Jalil. Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dan satu langkah pro aktif proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Secara am, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya  berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wan Rosdi bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuantan.

HSN8

HSN2

Program bermula pada pukul 7.30 pagi, dengan acara senamrobik yang turut disertai oleh YB Menteri Besar Pahang, dif-dif jemputan kehormat serta semua rakyat Negeri Pahang yang hadir. Ini selanjutnya diikuti oleh acara “Big Walk”, iaitu berjalan kaki sekitar 1.2 km mengelilingi kawasan sekitar dan luar Kompleks Belia dan Sukan Negeri PahangHSN1

Beberapa acara lain turut sama diadakan pada program tersebut, antara lain termasuk permainan bola keranjang, permainan futsal, permainan bolasepak, permainan sukan rakyat,  pemeriksaan kesihatan, food truck, gerai jualan dan sebagainya. Klinik bolasepak juga diadakan dengan dibantu oleh kehadiran pemain-pemain bolasepak dari pasukan bolasepak negeri.

HSN7

HSN6

HSN3

HSN4

HSN5

Permainan dan program yang dilaksanakan dalam suasana karnival yang harmoni dan meriah ini berjaya menarik perhatian dan penyertaan ramai terutama golongan muda untuk turut sama dalam program yang dibuat. Kakitangan JMG Pahang turut sama hadir bagi menyertai dan memeriahkan Program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan.

Diharapkan Program Hari Sukan Negara ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi membantu pembentukan rakyat Malaysia, khususnya golongan dan generasi muda, yang lebih proaktif, cergas dan dinamik.

Selamat Hari Sukan Negara 2018

- sekian -

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 JMG Pahang

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 JMG Pahang

 

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 28 Ogos 2018, bersamaan hari Selasa, telah dijalankan Program Perhimpunan Bulanan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 JMG Pahang. Bangunan JMG Pahang telah dihias cantik dan dinaikkan bendera-bendera Malaysia dan Pahang sepanjang bulan kemerdekaan dan hari Malaysia pada Ogos dan September. Pertandingan kuiz, sukan rakyat dan indoor games telah dilaksanakan sempena penganjuran sambutan ini, termasuk perlawanan congkak, karum, dam ular, memanah dan perlawanan dart.

Bersekali dengan program perhimpunan tersebut, telah diadakan majlis pertukaran Hj Yusri bin Mohd Radzi, Penolong Juruukur JA29 JMG Pahang ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, berkuatkuasa 6 September 2018, serta hari terakhir pelajar Latihan Industri JMG Pahang, Cik Nurul Amaniyah binti Romanah, pelajar Program Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Aturcara program perhimpunan bermula pada pukul 2.30 petang dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Ilmenite di tingkat bawah JMG Pahang. Perhimpunan bulanan kali ini dipengerusikan bersama oleh Puan Nurul Asikin binti Razali dan Puan Normawati binti Yunus. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Mohd Amin bin Mohamad, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang serta Lagu JMG. Buat pertama kalinya juga, kakitangan JMG Pahang telah menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos yang dipopularkan oleh Seniman Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad sempena sambutan bulan kemerdekaan JMG Pahang. Kakitangan JMG Pahang telah bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh bersemangat, meriah dan penuh takzim.

PK718PK718PK718PK718PK718

Majlis diteruskan dengan ucapan Hj Yusri bin Mohd Radzi. Beliau antara lain menyatakan beliau tidak bersedih hati meninggalkan JMG Pahang disebabkan ia merupakan perkara biasa dalam kehidupan. Hj Yusri mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di JMG Pahang. Segala asam garam pahit manis akan dijadikan kenangan

PK1218 hj

Selanjutnya, majlis mempersilakan Cik Nurul Amaniyah binti Romanah menyampaikan sepatah dua kata beliau. Cik Nurul mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas segala perjasama dan pengalaman yang diberikan oleh kakitangan JMG Pahang sepanjang tempoh latihan beliau. Beliau mengakui dalam masa kurang tiga bulan tempoh latihan beliau, banyak yang perlu beliau pelajari dalam menempuh hidup sebagai ahli geologi. Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada Cik Khairunnisa binti Alias selaku penyelia di JMG Pahang dan KUPM selaku penyelia bersama latihan beliau di JMG Pahang.

PK1318 Nurul

Cik Khairunnisa binti Alias dalam ucapan balas beliau mengucapkan selamat terima kasih dan selamat maju jaya pada Cik Nurul Amaniyah dalam bidang tugasan yang akan beliau ceburi pada masa hadapan. Beliau mengakui tempoh masa Latihan Industri terlalu singkat untuk Cik Nurul Amaniyah mempelajari banyak perkara yang perlu dan mencadangkan beliau sentiasa peka dan mempunyai semangat ingin belajar dari masa ke semasa.

PK1418 Nisa

En Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan selaku KUPM JMG Pahang kemudiannya menyampaikan sepatah dua kata beliau sempena pertukaran Hj Yusri bin Mohd Radzi sebagai kakitangan unit unit beliau dan Cik Nurul Amaniyah sebagai pelajar Latihan Industri JMG Pahang. Antara lain, En Mohammad Aznawi menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Hj Yusri atas komitmen dan perkhidmatan beliau selama ini serta berharap akan sentiasa berterusan berurusan tugas dengan beliau pada masa akan datang. Bagi Cik Nurul Amaniyah, diharapkan beliau telah mendapat latihan dan ilmu yang bersesuaian dan selamat maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan beliau pada masa akan datang.

PK1518 Aznawi

Program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman b. Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan dengan menyampaikan salam hormat penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir walaupun dalam kesibukan tugas semasa semua kakitangan. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada Hj Yusri bin Mohd Radzi ke tempat baharu yang tentunya akan membawa pengalaman baharu pada beliau. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antara lain termasuk intipati dan pengisian sewajarnya bagi sambutan bulan kemerdekaan serta maksud kemerdekaan.

PK1618 Dato

Selesai ucapan Dato’ Pengarah JMG Pahang, program diteruskan dengan sesi percakapan perkongsian minda serta maklumat kakitangan JMG Pahang. Pada perhimpunan kali ini, En. Mahthir bin Amir menyampaikan taklimat beliau berkaitan bidang kerja lombong dan kuari. Ini diikuti kemudiannya oleh sesi percakapan En. Sazri Shahril Rezza bin Mohd Jali berkenaan travelog beliau di Pulau Jeju, Korea. Kedua-dua sesi percakapan berkenaan nampaknya berjaya menarik minat kakitangan JMG Pahang yang hadir.

PK1718 mahthir

Program Perhimpunan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan MG Pahang ini diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sempena sambutan bulan kenmerdekaan JMG Pahang 2018. Terima kasih kepada Ketua-ketua unit JMG Pahang yang telah membuat sumbangan bagi menjayakan hadiah dan cenderamata bagi pertandingan.

PK1818 hadiah

PK1918 hadiah

Perhimpunan ditangguhkan dengan majlis sambutan hari kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan Ogos serta minum petang pada pukul 5.00 petang.

PK1618 kek

PK1618 kek 2

Warga JMG Pahang merakamkan ucapan terima kasih serta ucapan selamat maju jaya di tempat baharu kepada Hj Yusri bin Mohd Radzi serta selamat maju jaya kepada Cik Nurul Amaniyah binti Romanah. Semoga Allah merahmati mereka dan dimurahkan rezeki sentiasa….Amin.

Semoga program yang dilaksanakan ini juga dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan JMG Pahang secara khususnya.

- Sekian -

Program Gotong Royong Memasak Daging Korban JMG Pahang 2018

Program Gotong Royong Memasak Daging Korban JMG Pahang 2018

 

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 28 Ogos 2018, JMG Pahang telah mengadakan Program Gotong Royong Memasak Daging Korban, bersempena Hari Raya Aidil Adha 2018. Program diadakan di kawasan tempat letak kereta JMG Pahang dan dianjurkan oleh JMG Pahang dan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang. Tarikh berkenaan bersamaan hari Ke-6 Hari Raya Aidil Adha iaitu 16 Zulhijjah 1439 Hijrah.

Daging korban tersebut merupakan hasil sembelihan dari program korban kakitangan JMG Pahang yang telah diadakan terlebih dahulu pada Hari Raya Pertama 10 Zulhijjah 1439 Hijrah, bertempat di Sekolah Agama Ibnu Abbas, Permatang Badak, Kuantan. Disebabkan ramai kakitangan JMG Pahang bercuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, gotong royong ditangguhkan dan daging korban telah disejuk bekukan hingga ke tarikh program gotong royong memasak ini dijalankan.

Program bermula seawal 9.45 pagi. Daging korban dinyah bekukan terlebih dahulu sehari sebelum program berlangsung. Kakitangan JMG Pahang telah sama-sama bergotong royong menyempurnakan aktiviti mencuci, membersihkan dan memotong daging korban, menyediakan bahan memasak serta memasak juadah dan makanan untuk jamuan kakitangan yang ada. Menu yang dirancang disediakan ialah sup daging, daging masak kicap lada hitam dan sayur-sayuran.

PK118

PK218

PK318

PK418

PK518

PK618

Program gotong royong memasak daging korban ini selesai pada pukul 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari.

Alhamdulillah, program gotong royong ini dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama erat kakitangan yang hadir. Diharapkan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang terus dapat dipupuk dan dieratkan serta didoakan proram ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan dirahmati Allah selalu

- sekian -

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat En Zaki Bin Alias Menunaikan Haji JMG Pahang 2018

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat En Zaki Bin Alias Menunaikan Haji JMG Pahang 2018

Pada 3 Ogos 2018, bersamaan Hari Jumaat, 21 Zulkaedah 1439H, JMG Pahang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi meraikan En Zaki bin Alias, Pegawai Geosains, Unit Sumber Mineral JMG Pahang yang akan berangkat menunaikan Fardu Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah. Majlis ini diadakan di bilik serbaguna tingkat bawah bangunan JMG Pahang dan telah dihadiri oleh kakitangan JMG Pahang yang beragama Islam. En Zaki bin Alias dan isteri beliau dijadualkan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 9 Ogos 2018, bersamaan 27 Zulkaedah 1439 H.

Baca selanjutnya

Sesi Lawatan dan Perbincangan Kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang

Sesi Lawatan dan Perbincangan Kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang

Sesi lawatan dan perbincangan kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang (JMG Pahang) telah diadakan pada tarikh 24 Julai 2018 di Bilik Mesyuarat Nilam JMG Pahang, pada pukul 9.30 pagi. Ini merupakan susulan dari Perjanjian Persefahaman (MoU) antara UMP dan JMG Malaysia yang telah ditandatangani di Hotel Zenith Kuantan, Pahang sempena Persidangan Malaysia Chamber of Mines (MCoM) pada 4 Disember 2017 oleh Pengurusan Tertinggi JMG Malaysia dan UMP. Sesi perbincangan ini diadakan bagi membincangkan dan menyemak kerjasama dan dokumen-dokumen perjanjian persefahaman tersebut yang dirancang akan dibentuk dan dibentangkan bersama oleh pihak UMP dan JMG Malaysia khususnya.

Baca selanjutnya