Mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Majlis Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) Sekolah Menengah Agama Darul Makmur Ganchong Pekan

Mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Majlis Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) Sekolah Menengah Agama Darul Makmur Ganchong Pekan

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 4 Mac 2018, telah diadakan mesyuarat jawatankuasa persediaan bagi Majlis Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) Sekolah Menengah Agama Darul Makmur Ganchong Pekan. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gipsum, Tingkat 3 Bangunan JMG Pahang pada pukul 3.00 petang bagi membentangkan dan membincangkan perkembangan dan kemajuan persediaan majlis tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Abd Majid selaku penasihat dan dihadiri oleh seramai 22 ahli jawatankuasa persediaan majlis, diketuai oleh Timbalan Pengarah Geosains, En Wan Saifulbahri bin Wan Mohamad selaku pengerusi majlis.

 

majlis penyerahan 2

Sebagai jus makluman, majlis dicadang akan diadakan pada tarikh 12 April 2018 bersamaan hari Khamis, di Sekolah Menengah Agama Darul Makmur Ganchong Pekan. Majlis dirancang akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pulau Manis, Pahang iaitu Dato’ Khairuddin bin Mahmud. Majlis dirancang akan bermula pukul 9.00 pagi pada hari tersebut manakala perasmian oleh ADUN dijangka akan dilaksanakan sekitar pukul 10.30 pagi. Antara dif-dif kehormat VIP yang akan dijemput termasuklah Pengurusan Tertinggi JMG Malaysia, Pegawai Daerah Pekan, Ketua-ketua jabatan dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Pahang, wakil-wakil Kementerian, Ketua-ketua jabatan setempat serta penduduk-penduduk tempatan, di samping pelajar dan para penjaga, ibu bapa dari sekolah berkenaan sendiri.

Mesyuarat antara lain telah membincangkan tentang perjalanan majlis yang bakal diadakan beserta perkembangan kemajuan tugas setiap jawatankuasa yang dilantik lebih awal. Sesi lawatan tapak dimaklumkan telah dibuat di tapak perasmian majlis berkenaan pada 29 April 2018 manakala beberapa sesi perbincangan bersama pihak-pihak lain yang berkaitan lain, antaranya termasuk Jabatan Penerangan Pahang, Majlis Daerah Pekan, Pejabat Tanah dan Daerah Pekan, RELA, pengetua sekolah berkenaan dan penduduk setempat telah dilaksanakn lebih awal. Beberapa permasalahan luar jangka berkaitan perjalanan majlis telah diutarakan dan dibincangkan bersama bagi mendapatkan kata putus dan penyelesaian.

 

majlis penyerahan 1

Dato’ Pengarah JMG Pahang dalam ucapan penangguhan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah berusaha membuat persediaan untuk majlis berkenaan. Beliau mengharapkan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua kakitangan JMG Pahang bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan majlis yang dirancang.

Mesyuarat mesyuarat jawatankuasa persediaan bagi Majlis Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) ini ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

- sekian -

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Bil 1/2018 JMG Pahang 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Bil 1/2018 JMG Pahang 2018

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 4 Mac 2018, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan Bil 1/2018 JMG Pahang, Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali pertama bagi pemantauan projek pembangunan bagi tahun 2018 dan diadakan di Bilik Mesyuarat Gipsum, Tingkat 3 Bangunan JMG Pahang bagi membentangkan perkembangan dan kemajuan kerja projek pembangunan yang dilaksanakan oleh JMG Pahang. Mesyuarat diihadiri oleh Pengarah JMG Pahang selaku pengerusi mesyuarat, Timbalan Pengarah JMG Pahang, ketua-ketua unit teknikal dan semua pegawai projek yang berkaitan. Mesyuarat bermula pukul 9.30 pagi.

Mesyuarat Pembangunan April 2018

Mesyuarat dimulakan dengan taklimat umum dari Dato’ Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Abd Majid berkenaan pemakluman dan perkembangan semasa JMG Pahang. Antara lain, beliau mengingatkan semua pegawai untuk melengkapkan Sasaran Kerja Tahunan 2018 dan kakitangan bawahan masing-masing. Beliau juga memberikan peringatan kepada semua pegawai untuk memastikan semua kerja dilaksanakan mengikut masa dan skop kerja yang ditetapkan.

Mesyuarat kemudian dipandu oleh Cik Khairunnisa binti Alias selaku setiausaha mesyuarat. Pembentangan pertama ialah oleh En. Abdul Razak bin Zainal Abidin selaku pegawai bertanggung jawab projek geowarisan bagi JMG Pahang. En. Razak telah membentangkan kemajuan kerja projek geowarisan di kawasan Merapoh, Lipis. Ini disusuli oleh En. Zaidi bin Mat Zin yang membuat pelaporan berkaitan Projek Sumber Mineral Mineral Berlogam, antaranya termasuk kajian susulan potensi emas di Lanchang, Temerloh Pahang serta penemuan sumber emas terbaharu beliau dan pasukan beliau.

Sesi selanjutnya ialah pembentangan oleh En Yusuf bin Imbun, Beliau melaporkan berkenaan kemajuan kerja projek di bawah kawal selia beliau iaitu kajian sumber bauksit di daerah Maran. Cik Nafizah binti Md Padzin seterusnya membentangkan laporan berkaitan projek kajian sumber nadir bumi (rare earth material) di daerah Raub dan Rompin. Kajian sumber nadir bumi ini merupakan antara kajian mineral terbaharu JMG Pahang bermula pada tahun 2016.

En Muhammad bin Abdullah selanjutnya menyampaikan pembentangan projek beliau berkaitan Kajian Sesar Aktif dan kawasan risiko gempa bumi di sekitar daerah Bentong serta kemajuan Projek Pemetaan Bencana dan Risiko Cerun (PBRC) daerah Cameron Highlands. Beliau juga melaporkan berkenaan kemajuan dan status penggunaan drone yang dibeli pada tahun 2017. Ini diikuti seterusnya oleh pembentangan En Zainal Abidin bin Jamaluddin mengenai kajian sumber air tanah yang melibatkan antaranya termasuklah pembangunan sumber air tanah di kawasan masalah bekalan air (water stress area) dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) di sekitar daerah Pekan, Rompin dan Raub.

Pembentangan laporan terakhir berkaitan Projek Pembangunan JMG Pahang dibuat oleh Cik Khairunnisa binti Alias berkenaan Kajian Penilaian Rizab Air Tanah Negara bagi Lembangan Sungai Pahang dan kemajuan kerja projek kajian tanah gambut dan telaga tiub yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Dato’ Pengarah JMG Pahang dalam ucapan penutup beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah berusaha menyiapkan semua projek pembangunan yang dibentangkan. Beliau juga berharap pada tahun 2018 ini, semua projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Bil 1/2018 JMG Pahang ini ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari.

- sekian -

Program Perhimpuan Bulanan JMG Pahang dan Gotong Royong Mengecat Kerb Pembahagi Jalan JMG Pahang

Program Perhimpuan Bulanan JMG Pahang dan Gotong Royong Mengecat Kerb Pembahagi Jalan JMG Pahang

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 21 Mac 2018, telah diadakan Perhimpunan Bulanan Kedua JMG Pahang bagi tahun 2018. Serentak dengan program tersebut, telah dianjurkan program gotong-royong mengecat kerb pembahagi jalan di sekitar JMG Pahang. Bagi pengisian program, beberapa aturcara telah disusun dan diatur, antaranya termasuk perhimpunan bulanan kakitangan, sesi pengenalan kakitangan baharu, taklimat pengarah, sesi perkongsian minda, acara gotong royong dan program Hari Terbuka Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Pahang pada sebelah petang hari berkenaan.

Aturcara program bermula pada pukul 9 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Ilmenite di tingkat bawah JMG Pahang. Perhimpunan bulanan kali ini di pengerusikan oleh En. Mohd. Asnizam b. Ayub. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Nazeen Alhafiz b. Mohd Japeri, nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang, Lagu JMG serta bacaan Ikrar Perkhidmatan oleh En. Mohd Irwan b. Md Yusof. Pengerusi majlis seterusnya memaklumkan dan memperkenalkan dua kakitangan baharu JMG Pahang iaitu En. Mohd Afiq Firdaus b. Azmat dan Puan Norjunaida bt. Salehudin yang merupakan kakitangan Kerajaan Negeri Pahang. Kedua-dua kakitangan baharu ini kemudiannya dipersilakan memperkenalkan diri.

Program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman b. Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan dengan menyampaikan salam hormat penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir walaupun perhimpunan bulanan ini diadakan semasa cuti sekolah. Beliau mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada kakitangan baharu JMG Pahang serta mengucapkan tahniah kepada beberapa kakitangan pegawai yang telah dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2017. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang.

PB22018A

PB22O18B

Selesai ucapan Dato’ Pengarah JMG Pahang, program diteruskan dengan tayangan video aktiviti yang telah diadakan sepanjang awal tahun 2018 sehingga Mac 2018. Ini diikuti seterusnya oleh sesi perkongsian minda Kakitangan JMG Pahang. Pada perhimpunan bulanan kali ini, En. Zainal Abidin b. Jamaluddin, Pegawai Geosains Unit Geosains telah menyampaikan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan beliau berkaitan bidang hidrogeologi dan air tanah sebagai santapan minda kakitangan JMG Pahang.

PB22018J

Acara program seterusnya ialah sesi gotong royong mengecat kerb pembahagi jalan di sekitar JMG Pahang. Kerb pembahagi jalan sedia ada yang dibuat bersekali semasa pembinaan bangunan JMG Pahang pada tahun 2011 sudah kelihatan agak uzur dan lusuh. Alhamdulillah, hasil kerjasama kakitangan JMG Pahang yang bersama-sama bertungkus lumus dan sanggup mengotorkan tangan dan mungkin pakaian akibat terkena cat, kerb pembahagi jalan berjaya dicat dengan baik dengan warna hitam dan putih. Walau bagaimanapun, cat yang tidak mencukupi menyebabkan tidak keseluruhan kerb pembahagi jalan berjaya dicat. Insha Allah pada kesempatan lain, usaha ini akan disambung bagi kerb pembahagi jalan yang masih tertinggal dan tidak berjaya dicat semula. Diharapkan cat baharu ini dapat membantu menambahkan keceriaan, keindahan dan kerahmatan di JMG Pahang.

PB22018D

PB22018E

PB22018FPB22018GProgram Perhimpunan Bulanan Kedua JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis sambutan hari kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac serta makan tengahari pada pukul 12.45 tengahari.

PB22018H

PB22018C

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

Program Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang

Program Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 31 Januari 2018, JMG Pahang telah menganjurkan Program 'Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang’ bersempena Perhimpunan Bulanan Pertama JMG Pahang bagi tahun 2018. Untuk pengisian program tersebut, beberapa aturcara telah disusun dan diatur, antaranya termasuk perhimpunan bulanan kakitangan, taklimat pengarah, acara senamrobik dan program gotong royong menanam pokok di sekitar pejabat JMG Pahang.

Aturcara program bermula pada pukul 9 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di perkarangan hadapan tempat letak kereta JMG Pahang. Pengerusi majlis bagi program ini ialah Puan Intan binti Othman. Program dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang serta bacaan Ikrar Perkhidmatan oleh En. Muhammad Tarmizi bin Jantan.

PB12018a

Program diteruskan dengan acara senamrobik oleh kakitangan JMG Pahang. Senamrobik ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah En. Din dari Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta turut dibantu oleh empat pengiring beliau. Senamrobik berlangsung selama hampir 45 minit dengan variasi menarik senaman light dance work-out dan light zumba. Walaupun jurulatih bertauliah En Din merupakan pesara kerajaan dan berumur sudah lebih 60 tahun, gerak atur senamrobik yang dikendalikan beliau dan pengiring beliau amat mengkagumkan dan mengujakan kesemua kakitangan JMG Pahang yang masih muda belia. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan JMG Pahang yang berusaha mengikuti gerak atur senamrobik berkenaan dan diharapkan terus istiqomah melakukan senaman sendiri pada masa akan datang demi memelihara kesihatan.

 

PB12018b

PB12018g

Selepas acara senamrobik, program diteruskan dengan ucapan dan taklimat Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid. Beliau memulakan ucapan beliau dengan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih senamrobik En Din dan semua pengiring beliau atas senamrobik yang telah dilaksanakan dengan baik dan berharap ia akan dapat diteruskan dari masa ke semasa pada masa hadapan. Beliau kemudiannya mengucapkan selamat datang kepada kakitangan yang baru bertukar ke JMG Pahang dan kakitangan JMG Pahang yang berjaya dinaikkan pangkat baru-baru ini. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang.

  PB12018f

PB12018c

Aturcara program seterusnya ialah sesi gotong royong penanaman pokok-pokok di sekitar JMG Pahang. Antara pokok-pokok yang dibenarkan untuk ditanam ialah pokok-pokok hiasan, bunga-bungaan dan buah-buahan. Program penanaman pokok secara gotong royong ini merupakan program kali kedua, selepas ia pernah dilaksanakan kali pertama pada tahun 2016 dahulu. Alhamdulillah, halaman tanah JMG Pahang yang luas mengizinkan program gotong royong menanam pokok ini dilaksanakan. Sejumlah lebih 30 pokok telah didermakan dan dibawa oleh kakitangan JMG Pahang untuk perlaksanaan program penanaman pokok ini. Diharapkan pokok-pokok yang ditanam ini akan dapat terus hidup sibur dan membantu menambahkan keceriaan, keindahan dan kerahmatan di JMG Pahang.

PB12018e

PB12018d

Program “Pelihara, Hijau dan Sihat JMG Pahang” sempena Perhimpunan Bulanan Pertama JMG Phang ini tamat dengan majlis makan tengahari dengan menu ‘nasi ayam istimewa’ pada pukul 12.30 tengahari.

Diharapkan program yang dilaksanakan ini dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaann tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

Program Tumpangan Sambil Belajar YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj bersama JMG Pahang

Program Tumpangan Sambil Belajar YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj bersama JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustai’n Billah telah mengampuni perkenan untuk menempatkan Paduka Anakandanya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Abdullah Al-Haj ke jabatan-jabatan terpilih Jabatan Kerajaan Negeri dan Jabatan Persekutuan Negeri di Pahang. Sehubungan dengan itu, JMG Pahang telah turut dipilih dan diberi penghormatan untuk melaksanakan Program Tumpangan Sambil Belajar YM Tengku Hassanal Ibrahim yang berkenaan. Diputerakan pada 17 hb. September 1995, YM Tengku Hassanal Ibrahim masih menuntut di sebuah universiti di Geneva, Switzerland dan sedang bercuti pengajian semasa program berjalan.

Program Tumpangan Sambil Belajar YM Tengku Hassanal Ibrahim bersama JMG Pahang dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang). Berdasarkan kepentingan Daerah Lipis dari segi sumber mineral, program telah dilangsungkan di Daerah Lipis selama 3 hari iaitu dari 10 Januari hingga 12 Januari 2018. Beberapa program dan aktiviti disusun, dirancang dan diatur oleh pihak Istana Negeri Pahang, SUK Pahang dan jabatan terbabit bagi perlaksanaan program YM Tengku Hassanal Ibrahim. Pada program berkenaan di Daerah Lipis, JMG Pahang telah diwakili oleh Dato’ Pengarah, Dato’ Ir. Azman b. Ab. Majid, Timbalan Pengarah, En. Wan Saifulbahri b. Wan Mohamad, En. Shari b. Ismail, En. Mohamed Hizam b. Abd Kadir, En. Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan dan En. Mohd Asnizam b. Ayub serta Tn. Hj. Yusri b. Md. Radzi.

Program bermula pada 10 Januari 2018 di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis di Bandar Baru Lipis, Kuala Lipis. Keberangkatan tiba YM Tengku Hassanal Ibrahim disambut oleh para kenamaan dan jemputan dari Daerah Lipis, serta Dato’ Pengarah JMG Pahang dan wakil-wakil dari JMG Pahang, diikuti majlis santapan tengahari di pejabat berkenaan. Selesai majlis santapan, program dimulakan dengan persembahan ucapan salam takzim hormat dari wakil Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, diikuti dengan persembahan taklimat pengenalan mengenai JMG dari Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir. Azman b. Ab. Majid. Dato’ Pengarah JMG Pahang telah membentangkan antara lain, termasuk misi, visi, fungsi dan tugasan jabatan kepada YM Tengku Hassanal Ibrahim. Beberapa persoalan dan pertanyaan telah dikemukakan YM Tengku Hassanal Ibrahim kepada Dato’ Pengarah JMG Pahang dan telah dibuat ulas jawab yang bersesuaian. Selepas persembahan taklimat oleh JMG Pahang, taklimat selanjutnya dipersembahkan oleh wakil dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang.

TH9

TH10

Pada sesi penyerahan cenderahati, YM Tengku Hassanal Ibrahim telah berkenan menerima persembahan tanda kenangan dari pihak JMG Pahang. Program petang diakhiri oleh sesi bergambar YM Tengku Hassanal Ibrahim dengan para kenamaan dan jemputan serta wakil jabatan yang hadir.

Pada sebelah malam 10 Januari 2018, berlangsung majlis santapan dan jamuan malam di Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis sebagai sambutan rasmi keberangkatan tiba YM Tengku Hassanal Ibrahim ke Daerah Lipis. Majlis turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, Ahli Parlimen Lipis, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Daerah Lipis, penghulu, ketua kampung serta ketua masyarakat dari seluruh Daerah Lipis. YM Tengku Hassanal Ibrahim telah turut dipersembahkan dengan pencak silat, tarian kebudayaan tradisional masyarakat Melayu dan alunan nyanyian oleh penyanyi tempatan sepanjang majlis santapan berlangsung. Majlis santapan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Hari kedua 11 Januari 2018, YM Tengku Hassanal Ibrahim telah dibawa berangkat untuk lawatan ke Merapoh. Program pagi ialah aktiviti lawatan ke kawasan gua dan bukit batu kapur di Gua Harimau dan Gua Seribu Cerita, Merapoh. Sebelum berkenan memasuki gua-gua tersebut, YM Tengku Hassanal Ibrahim telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Mohd Asnizam b. Ayub, Pegawai Geosains JMG Pahang, berkaitan pembentukan gua tersebut dari aspek geologi dan cadangan awal penarafan Kawasan Merapoh sebagai tapak Geowarisan Pahang. Lokasi bukit yang terletak bersebelahan lebuh raya Central Spine Road (CSR) Malaysia antara Pahang ke Kelantan mungkin boleh membantu memudahkan kawasan tersebut menjadi tarikan pelancong, selain dari aspek keistimewaan fenomena dan keindahan tersendiri morfologi bukit batu kapur kawasan tersebut. Wakil dari SGI Outdoor Sdn Bhd., selaku syarikat tempatan yang bertanggungjawab mengelolakan aktiviti penerokaan eko-pelancongan di kawasan itu seterusnya menyampaikan taklimat berkaitan aspek keselamatan sebelum gua batu kapur berkenaan dimasuki oleh ahli rombongan.

TH3

TH11

TH1

TH2

Program tengahari bersambung dengan lawatan YM Tengku Hassanal Ibrahim ke Pusat Taman Negara Pahang, Sungai Relau di Merapoh. Persembahan taklimat telah disampaikan oleh wakil Jabatan Perhilitan Pahang yang mengendalikan pusat berkenaaan. Selepas santapan tengahari, YM Tengku Hassanal Ibrahim dibawa untuk lawatan ke santuari kelah di Kuala Juram, Sungai Relau, Merapoh. Walau bagaimanapun, hujan lebat dan cuaca yang tidak begitu baik tidak mengizinkan semua ahli rombongan menyertai lawatan santuari kelah tersebut.

Sesi malam untuk hari kedua bersambung dengan program solat berjemaah Solat Maghrib, bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat bersama YM Tengku Hassanal Ibrahim di Masjid Sultan Mahmud, Lipis. Majlis berkenaan diketuai oleh Tuan Sahibus Samahah Mufti Daerah Lipis. Selepas Solat Isyak, YM Tengku Hassanal Ibrahim berkenan untuk turut sama menyertai majlis santapan dan jamuan malam serta majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar tahfiz Daerah Lipis dan ahli kariah masjid yang hadir pada malam tersebut.

TH4

Hari ketiga pada 12 Januari 2018, YM Tengku Hassanal Ibrahim dibawa untuk sesi perjumpaan dan ramah mesra dengan penduduk masyarakat Orang Asli di Pos Betau, Lipis. Majlis berlangsung meriah di Dewan Orang Ramai Pos Betau, Lipis dengan sambutan tarian sewang dan nyanyian istimewa dari masyarakat setempat. Pada majlis berkenaan, YM Tengku Hassanal Ibrahim telah berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf-asnaf masyarakat Orang Asli yang layak. Beliau juga telah turut menyertai acara menyumpit dan beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli yang begitu teruja untuk bersama beliau.

TH6

TH7

Pada sesi tengahari, YM Tengku Hassanal Ibrahim telah bersama-sama mengerjakan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Gugusan Felda Sg Koyan di Lipis. Ketibaan beliau disambut mesra dan penuh takzim oleh penduduk kariah. Selepas selesai Solat Jumaat, YM Tengku Hassanal Ibrahim berkenan meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra bersama penduduk setempat kariah Felda Sg Koyan yang hadir.

Sesi terakhir program YM Tengku Hassanal Ibrahim di Daerah Lipis ialah sesi lawatan bersama masyarakat DUN Benta, Lipis di Kampung Peruang di Benta, Lipis. YM Tengku telah dibawa untuk melihat sendiri proses pembuatan gula kabung, dodol, lemang dan cucur yang amat terkenal di daerah itu. YM Tengku Hassanal Ibrahim mengakhiri program beliau di Kampung Peruang, Benta dengan sesi ramah mesra serta pengurniaan sumbangan untuk golongan yang memerlukan di sekitar DUN Benta.

Adalah diharapkan Program Tumpangan Sambil Belajar YM Tengku Hassanal Ibrahim bersama JMG Pahang di Daerah Lipis ini dapat membantu menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu YM Tengku Hassanal Ibrahim berkenaan JMG secara am dan khusus. 

Mohon sembah maklum dan ampun kami di JMG Pahang, Tengku.

- Sekian -