Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA di Kuantan, Pahang

Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA di Kuantan, Pahang

Kuantan, 26 November 2018 Masihi/18 Rabiul Akhir 1440 Hijrah. Satu Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Peninggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda RA sedang diadakan di Dewan Baharu Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Kuantan. Bangunan ini merupakan bangunan baharu MPK yang terletak bersebelahan Perpustakaan Awam Pahang yang baharu di Jalan Kemunting dan berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian Perpustakaan Awam, Pahang

Majlis Perasmian Perpustakaan Awam, Pahang

12 November 2018 (4 Rabiul Awal 1440 Hijrah). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Pahang (PAP), Kuantan.

Baca selanjutnya

Program Perhimpunan Bulanan JMG Pahang dan Majlis Taklimat CUEPACS

Program Perhimpunan Bulanan JMG Pahang dan Majlis Taklimat CUEPACS

Pada 29 Oktober 2018, bersamaan hari Isnin, telah dijalankan Program Perhimpunan Bulanan Bil 9/2018 JMG Pahang. Bersekali dengan program tersebut, telah diadakan sesi taklimat oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang telah disampaikan oleh En Faezi b. Mansor, wakil dari Pusat Perkhidmatan Pelanggan Takaful CUEPACS Selangor berkaitan aktiviti dan perkembangan terkini skim-skim yang berkaitan dengan kakitangan perkhidmatan awam Malaysia.

Baca selanjutnya

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang

Oleh  : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

13 Oktober 2018 (Sabtu). Program Hari Sukan Negara 2018 peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan dengan jayanya dan meriah di Kuantan. Program ini merupakan program tahunan, serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia sempena Program Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2018 yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di KL Sport City, Bukit Jalil. Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dan satu langkah pro aktif proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Secara am, sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya  berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Program Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Pahang ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Wan Rosdi bin Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur di Kompleks Belia & Sukan Negeri, Kuantan.

HSN8

HSN2

Program bermula pada pukul 7.30 pagi, dengan acara senamrobik yang turut disertai oleh YB Menteri Besar Pahang, dif-dif jemputan kehormat serta semua rakyat Negeri Pahang yang hadir. Ini selanjutnya diikuti oleh acara “Big Walk”, iaitu berjalan kaki sekitar 1.2 km mengelilingi kawasan sekitar dan luar Kompleks Belia dan Sukan Negeri PahangHSN1

Beberapa acara lain turut sama diadakan pada program tersebut, antara lain termasuk permainan bola keranjang, permainan futsal, permainan bolasepak, permainan sukan rakyat,  pemeriksaan kesihatan, food truck, gerai jualan dan sebagainya. Klinik bolasepak juga diadakan dengan dibantu oleh kehadiran pemain-pemain bolasepak dari pasukan bolasepak negeri.

HSN7

HSN6

HSN3

HSN4

HSN5

Permainan dan program yang dilaksanakan dalam suasana karnival yang harmoni dan meriah ini berjaya menarik perhatian dan penyertaan ramai terutama golongan muda untuk turut sama dalam program yang dibuat. Kakitangan JMG Pahang turut sama hadir bagi menyertai dan memeriahkan Program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan.

Diharapkan Program Hari Sukan Negara ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan bagi membantu pembentukan rakyat Malaysia, khususnya golongan dan generasi muda, yang lebih proaktif, cergas dan dinamik.

Selamat Hari Sukan Negara 2018

- sekian -