Majlis ‘Jasamu Dikenang” Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur

Majlis ‘Jasamu Dikenang” Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur

Majlis ‘Jasamu Dikenang” Tahun 2017 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah diadakan di Hotel Zenith Kuantan, Pahang Darul Makmur. Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) bagi meraikan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Pahang yang telah dan bakal bersara serta yang bertukar ke negeri lain. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan kakitangan yang telah mendapat Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang dianugerahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Baca selanjutnya

Gotong royong bakar lemang JMG Pahang 2016

20160720 125308

JMG Pahang, 20 Julai 2016 - Majlis sambutan aidilfitri peringkat JMG Pahang 2016 telah dimeriahkan dengan aktiviti gotong royong membakar lemang oleh kakitangan JMG Pahang. En. Abu Bakar Ahmad Osman atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Bakar menjadi pakar rujuk untuk proses membakar lemang. Bekalan buluh lemang diperolehi dari sekitar sungai-sungai di Sg Lembing dan dibawa ke pejabat untuk kerja-kerja pemotongan buluh kepada saiz yang sesuai. 

                 20160720 092902                   

Dalam penyediaan lemang versi negeri Pahang, daun pokok lerek digunakan sebagai alas dalam buluh. Daun lerek dipotong mengikut saiz yang bersesuaian dengan setiap batang buluh. Beras pulut diisi ke dalam buluh lemang sehingga kira-kira 80 peratus dari panjang buluh. Kemudian santan dimasukkan sehingga     melepasi sedikit dari paras atas beras pulut.

20160720 093650

Lemang dibakar menggunakan api sederhana yang dikawal sentiasa. Santan dimasukkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan pulut menjadi kering. Batang lemang juga sentiasa dipusing untuk memastikan pembakaran lemang yang sekata. Proses pembakaran memakan masa kira-kira 4 jam. Lemang diagihkan kepada semua kakitangan dan dihidangkan semasa majlis aidilfitri JMG   Pahang 2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat

 20160720 122253  

 

                              

 

 

 

 

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 JMG Pahang

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 JMG Pahang

Pada 31 Ogos 2014, negara kita Malaysia telah meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. Bagi menzahirkan kecintaan kepada negara, JMG Pahang telah mengambil inisiatif menghias bangunan pejabat dengan rentangan Jalur Gemilang. Panjang bendera rentang ini kira-kira 10 meter yang bermula dari Aras 1 hingga Aras 3. Kakitangan JMG telah bekerjasama dengan penuh bersemangat patriotik memasang bendera rentang ini.

Baca selanjutnya

JMG PAHANG - NAS SERVER

Pihak Pengarah Penyelarasan dan Perlaksanaan Operasi (PPO) telah menekankan keperluan bagi setiap pejabat cawangan JMG untuk menyediakan satu platform khas dimana semua data digital yang dihasilkan dari tugasan rasmi dapat dikumpulkan setempat. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mengelak risiko kehilangan data serta memudahkan akses kepada data.

Baca selanjutnya

Sambutan 10 Muharram 1435 H

Hari bersilih ganti dan dengan takdir yang Maha Esa, kita telah ditemukan sekali lagi dengan hari 10 Muharram. Hari 10 Muharram merupakan antara hari kebesaran dalam kalendar umat islam kerana terjadinya beberapa peristiwa penting yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Pada tahun 2013, 10 Muharram 1435 Hijrah jatuh pada 14 November. Di Malaysia, sambutan 10 Muharram sangat sinonim dengan bubur asyura sehinggakan ada yang tidak menyedari tradisi menyediakan bubur asyura sebenarnya adalah untuk meraikan hari 10 Muharram. Bagi umat islam di Malaysia, tidak lengkap rasanya sambutan Hari Asyura jika tidak bergotong royong memasak bubur asyura.

Baca selanjutnya