PPM, 5 Jun – 7 Jun 2013. PPM telah menganjurkan bengkel kesedaran, Pemahaman dan Pelaksanaan ISO 9001:2008 bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana Taiping. Objektif bengkel ini adalah untuk memahami konsep kualiti dan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), memahami keperluan ISO 9001:2008, membantu merancang dan melaksanakan ISO 9001:2008 dan juga membuat persediaan untuk pensijilan ISO 9001:2008.
CERAMAH TEKNIKAL OLEH UTEM
PPM, 3 Jun 2013 – PPM dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan satu ceramah teknikal yang bertajuk “Best Formulation and Sintering Optimization of Waste Glass into Glass Ceramic” yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Jariah bt Mohamad Juoi di Dewan Seminar PPM. Seramai 21 orang kakitangan PPM telah menghadiri ‘Technical Talk’ ini. Tujuan ceramah teknikal ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perbincangan antara pihak UTeM dan PPM mengenai penyelidikan dalam bidang kaca seramik.
SEMINAR PENGKOMERSILAN HASIL R&D PPM
PPM, 29 Mei 2013 – Satu seminar yang dianjurkan oleh PPM bertajuk “Technology Trend For Mineral And Commercialization” telah di adakan pada 29 Mei 2013 bertujuan untuk membuka minda, mendedahkan dan memperkasakan lagi pegawai-pegawai penyelidik di PPM tentang pentingnya hasil-hasil penyelidikan dipaten dan dikomersialkan. Banyak maklumat telah diperolehi dari penceramah jemputan iaitu Syarikat Norunnuha Sdn Bhd. yang merupakan salah satu Agen Paten yang terdapat di Malaysia.
KURSUS PENGENDALIAN JENAZAH
PPM, 11 Mei 2013 - Kursus Pengendalian Jenazah yang telah diadakan di PPM telah berjalan dengan dengan lancar sehingga selesai . Kursus ini dianjurkan oleh Kelab, KSKPPM bertujuan untuk melatih lebih ramai ahli-ahli KSK dan ahli keluarga mereka bagi mengetahui dan memahami dengan lebih jelas tentang pengendalian jenazah demi kebaikan umat Islam keseluruhannya. Kursus itu mampu melahirkan lebih ramai pengendali jenazah bagi menggantikan generasi sedia ada untuk kebaikan penduduk di taman-taman, kampung-kampung dan juga di daerah-daerah masing-masing.
Latihan Industri Pelajar IPT di PPM
PPM telah menerima kehadiran 6 orang pelajar dari IPTA iaitu 3 orang dari UiTM, seorang dari UMT, seorang dari UTeM dan seorang dari UTHOM yang akan menjalani Latihan Industri mereka di antara 2 ke 3 bulan. Pelajar-pelajar ini akan diberi pendedahan mengenai bidang tugas dan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di PPM. Ini adalah komitmen yang dibuat oleh PPM untuk bersama-sama dengan KPT memikul tanggungjawab bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan sumber manusia yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkompeten tinggi, malah berinovasi serta kreatif yang dapat memenuhi kehendak majikan dan industri. Golongan pelajar yang telah diberi pendedahan akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing yang mampu melonjakkan sesebuah negara ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Model Ekonomi Baru.