SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 PERINGKAT PPM

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55 peringkat PPM telah berjaya diadakan pada 30 Ogos 2012. Sambutan tersebut telah dihadiri oleh semua warga PPM yang bermula pada jam 9.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang secara beramai-ramai yang dipimpin oleh Pasukan Koir PPM. Kelainan cuba diketenggahkan dengan bacaan Monolog Kemerdekaan di dalam gelap oleh En. Mohd. Zainuddin b. Abdullah dan diteruskan dengan nyanyian lagu Warisan dari Pasukan Koir PPM. Ternyata gabungan ini memberi kesan mendalam kepada semua warga PPM.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JULAI DAN KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah PPM Bil 5/2012 pada 26hb Julai 2012 dan majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.

Antara Perutusan Pengarah bagi Bulan Julai adalah mengenai penukaran lagu kepada Jalur Gemilang selari dengan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang telah dilancarkan pada 17hb Julai 2012 yang lalu.

Baca selanjutnya

Lawatan Teknikal Ke Syarikat Batamas Sdn. Bhd. Batu Gajah, Perak

Seksyen Teknologi Bahan Termaju telah mengadakan lawatan teknikal ke Syarikat BATAMAS Sdn Bhd, Batu Gajah, Perak pada 3 Julai 2012. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengalaman dan memberi pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan STBT mengenai penggunaan bahan berasaskan pasir silika dalam industri di Malaysia.

Syarikat BATAMAS telah beroperasi sejak 1982 dan merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan bata kalsium silikat yang bermutu tinggi di Malaysia dibawah jenama KALSA. Lawatan ini telah memberi pendedahan mengenai pelbagai penggunaan bata kalsium silikat dalam industri pembinaan di Malaysia.

Di samping itu tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat latarbelakang syarikat, sumber bahan mentah, teknik memproses dan analisis yang dijalankan oleh syarikat ini. STBT juga meninjau peluang kerjasama yang lebih mantap dalam menjalankan aktiviti penyelidikan antara PPM dengan Syarikat BATAMAS Sdn Bhd.

1

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011

Seramai 10 orang kakitangan PPM telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dalam satu majlis yang telah diadakan di Pullman Kuching, Sarawak pada 18 Jun 2012 Kejayaan mereka merupakan satu kebanggan bagi PPM dalam meningkatkan prestasi pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangannya agar perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh mereka diiktiraf dan mendapat penghargaan dari Jabatan. Mereka yang cemerlang bagi tahun 2011 adalah :

1

TALK BY ITRI OFFICIALS

Wakil dari ITRI telah hadir ke PPM pada 13 jun 2012 bagi sesi perbincangan mengenai projek penyelidikan secara usahasama. Wakil dari USM juga hadir untuk sesi perbincangan tersebut. Dikesempatan ini juga, PPM mengambil peluang menganjurkan sesi ceramah teknikal yang disampaikan oleh pihak ITRI.

1

2

3