Pasukan Pensijilan dan Akreditasi PPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)

Pasukan Pensijilan dan Akreditasi PPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)
KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER - Pasukan Pensijilan dan Akreditasi PPM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) bagi mendapatkan maklumat dan perkongsian pengalaman mereka dalam bidang pensijilan industri kayu negara.
Delegasi dari PPM disambut dan diberi taklimat oleh En. Melvin Ku selaku Pengarah Pengurusan Hutan dan juga Puan Sabrina Mawasi selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.
Diharapkan dengan lawatan ini, pasukan pensijilan dan akreditasi PPM dapat mengambil input semaksimumnya dan dapat diaplikasikan dalam penyediaan dokumen pensijilan mineral nanti.

Majlis Taklimat MyGEMS di JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Majlis Taklimat MyGEMS di JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Majlis Taklimat MyGEMS di JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Penyampaian taklimat MyGEMS diketuai oleh wakil Caw.Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat, Dr.Mohamamad bin Abd Manap.ย 

Bank data nasional berbentuk spatial bagi pengurusan semua maklumat geosains dan sumber mineral negara yang komprehensif, bersepadu, mudah dicapai dan dikongsi.

Pembangunan MyGEMS yang komprehensif dan bersepadu merangkumi semua aktiviti utama JMG bagi penghasilan produk geospatial yang mudah dicapai dan dikongsikan selaras piagam pelanggan dan akta yang ditetapkan (Akta Penyiasatan Kajibumi 1974).

Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023

Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023
IPOH, 5 SEPTEMBER - Pada hari ini tiga (3) pasukan inovasi dari Pusat Penyelidikan Mineral telah menyertai sesi pembentangan dan penilaian (viva) projek inovasi bagi Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 sempena Anugerah Inovasi Negeri Perak Tahun 2023 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perak Darul Ridzuan.
Bagi kategori Anugerah Inovasi Terbuka Negeri Perak, pasukan yang mewakili PPM ialah pasukan EcoTechSilica yang dianggotai oleh Pn. Roshaida binti Arbain, Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, En. Mohd. Idham bin Mustaffar, Costantine bin Joannes, Dr. Tinesha a/p Selvaraj dan En. Anuar bin Othman. Tajuk bagi inovasi mereka ini ialah "Tambah Nilai Pasir Silika dari Pasir Bekas Lombong Bijih Timah".
Manakala sebanyak dua (2) pasukan telah memasuki pertandingan bagi kategori Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau Negeri Perak (AILBH).
Pasukan ini yang dinamakan REE Team PPM dianggotai oleh En. Mohd. Zaid bin Md. Sharif, Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, Dr Hj Ismail bin Ibrahim, Hj. Malek bin Selamat dan Hj. Mohd. Syahir bin Mohd. Rozi dengan inovasi mereka yang bertajuk "REE-MADE: Rare Earth Element Extraction via Metallic Acid Drainage Treatment System (Sistem Pengekstrakan Unsur Nadir Bumi Melalui Rawatan Saliran Lombong Berasid Metalik)".
Manakala satu lagi pasukan bagi kategori ini ialah pasukan Eureka terdiri daripada Dr. Rohaya binti Othman, Ts. Zawawi bin Mahim, Ts. Dr. Hjh. Emee Marina binti Salleh dan Pn. Siti Noorzidah binti Mohd. Sabri. Tajuk inovasi mereka pula ialah "Inovasi Teknologi Lestari Bumi Hijau Melalui Kitar Semula Sisa Kapur Karbida bagi Penghasilan PCC Sebagai Bahan Pengisi Dalam Pembuatan Cat Komersial".
Seluruh warga PPM mendoakan agar ketiga-tiga pasukan PPM ini dapat memasuki pusingan akhir dan seterusnya meraih kejayaan cemerlang pada peringkat akhir bagi mengharumkan nama PPM-JMG di persada dunia dan memartabatkan dunia penyelidikan dalam industri mineral negara.

Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015

Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015
IPOH, 5 SEPTEMBER โ€“ Pada hari ini telah berlangsung acara perasmian bagi program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015.
Program ini memasuki tahun keempat pelaksanaannya yang dianjurkan oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).
Program ini bertujuan sebagai satu platform hebahan serta memberi kesedaran kepada semua kakitangan PPM bahawa PPM telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi dua skop perkhidmatan iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Semoga dengan berlangsungnya program ini, semua warga PPM akan mendapat pendedahan secara komprehensif mencakupi segala aspek berkaitan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di PPM.

SESI MELAPOR DIRI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

SESI MELAPOR DIRI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Pada tanggal 06 September 2023, Y.Brs. P.Geol. Abdullah b. Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) dan Y.Bhg. Ir. Datoโ€™ Ahmad Zukni b. Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG telah melapor diri pemangkuan kepada Y.Bhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG.

YBhg. Datuk Zamri telah merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-duanya. Ini telah secara langsung melengkapkan barisan Kumpulan Pengurusan Tertinggi JMG.

Warga JMG turut mengucapkan tahniah dan semoga JMG terus maju dalam meneraju bidang mineral dan geosains negara ke arah yang lebih cemerlang.