KUNJUNGAN HORMAT OLEH CHENGDU CENTER, CHINA GEOLOGICAL SURVEY KE JMG DAN PERBINCANGAN KERJASAMA DUA HALA.
Kunjungan Hormat oleh Chengdu Center, China Geological Survey ke JMG dan Perbincangan Kerjasama Dua Hala.
Ibu Pejabat JMG telah menerima suatu kunjungan hormat daripada Chengdu Center, China Geological Survey CC-CGS dan suatu sesi perbincangan ke arah kerjasama 2 hala telah dijalankan.
Pihak Pengurusan JMG telah diketuai oleh Y.Brs. P.Geol. En. Abdullah Sulaiman F.I.G.M. , Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG, manakala CC-CGS telah diketuai oleh En. Mou Chuanlong, Timbalan Ketua Pengarah CC-CGS.
Perbincangan menjurus kepada perkongsian data geosains dan perkembangan geosains di negara ASEAN serta serantau. Sesi perbincangan telah dijalankan dengan suasana santai dan kata sepakat ke arah kerjasama lanjut telah dipersetujui.
PERHIMPUNAN BULANAN OGOS & SEPTEMBER IBU PEJABAT JMG.
PERHIMPUNAN BULANAN OGOS & SEPTEMBER IBU PEJABAT JMG.
Kemeriahan perhimpunan bulanan & Sambutan Hari Kemerdekaan serta hari Malaysia peringkat Jabatan yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk P.Geol Zamri Bin Ramli,FIGM pada 14 September 2023.
Terdapat beberapa persembahan & pertandingan antaranya persembahan Koir Kemerdekaan & pertandingan sajak serta Kuiz Kahoot.
TEMU RAMAH BERSAMA WARTAWAN 'THE STAR'
SHAH ALAM, JMGSWP, 06 September 2023 - Satu sesi temu ramah Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan Encik Tuan Rusli Bin Tuan Mohamed bersama wartawan kanan 'The STAR' yang membawa tajuk 'In No Danger of Earthquake' telah diadakan bagi membincangkan faktor penyebab kejadian gempa bumi, Tsunami dan kesannya terhadap dunia khususnya Malaysia.