IPOH, 23 Oktober 2018: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan Kursus Radiation Safety Awareness kepada pegawai-pegawai serta kakitangan makmal khususnya yang mengendalikan peralatan makmal radiasi seperti XRF dan XRD. Kursus bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang bahaya serta pencegahan yang melibatkan radiasi.
Kursus "Perkin Elmer Enhance Knowledge NexION 2000 ICPMS Training And Latest Update"
IPOH, 29 Oktober 2018: Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menganjurkan kursus bersama dengan Perkin Elmer pada 29-30 Oktober 2018. Kursus bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri dari kakitangan JMG, swasta dan universiti. Seramai 25 peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Kursus telah disampaikan oleh Pn. Katrina Ng daripada Perkin Elmer, Subang Jaya.
KURSUS LATIHAN TRIMBLE R10 GNSS SYSTEM DAN TRIMBLE NETR9
KOTA KINABALU, SABAH (03 SEPTEMBER 2018) : ISNIN, Bahagian Latihan, Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah telah mengadakan kursus latihan Trimble R10 GNSS System dan Trimble NetR9 di JMG Sabah selama lima hari bermula pada 3hb September 2018 dan berakhir pada 7hb September 2018.
Lawatan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Mineral Dr. Xavier Jayakumar Ke Muzium Geologi
IPOH, 20 September 2018: Pada hari ini Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menerima kunjungan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS), Dr. Xavier Jayakumar ke Muzium Geologi. Kedatangan beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah JMG, Dato' Hj. Shahar Afendi Abdullah Azizi, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan jabatan.
PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
Johor Bahru, 21 Ogos 2018 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 2 bulan telah diadakan di JMG Johor baru-baru ini. Pelajar itu, Cik Dharshini Devi Nair A/P K.Pavithran telah ditempatkan di Unit Geosains dibawah seliaan En. Mohd Fauzi bin Rajimin@Jeman. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.