KOTA KINABALU, SABAH (30 APRIL 2018) : ISNIN, Sedikit perkongsian maklumat dan pengalaman Pn. Jayawati semasa berada di bumi Korea berkursus dan bekerja sambil belajar. Pn. Jayawaati menghadiri bertajuk "Exploration, development and Processing of Mineral Resources" di Korea Institute of Geoscience and Mineral Resources Mineral (KIGAM), Daejon, Korea pada 9 April hingga 27 April 2018 baru-baru ini.
KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN
Tanjung Piai, Pontian, 24 April 2018 - Pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah dijemput untuk menjadi instruktur model bagi program kem pemimpin muda prihatin air peringkat kebangsaan zon selatan.
Program ini merupakan program tahunan UNESCO-IHP Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Universiti Kebangsaaan Malaysia. Dengan adanya program ini, ia dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar dan bakal pemimpin di masa akan datang tentang pentingnya air dalam kehidupan.
ADAT PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN
KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, demikianlah lumrah kehidupan kita di muka bumi ini. Petang ini merupakan hari terakhir Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli bertugas di JMG Sabah ini. Satu gambar kenangan terakhir telah dirakamkan di mana ini merupakan finger print yang terakhir beliau berkhidmat dengan JMG Sabah.
MESYUARAT KERJA PEMUKTAMADKAN PENERBITAN BULETIN MALINDO
KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, satu mesyuarat Pemuktamadkan Penerbitan Buletin Malindo telah berlangsung hari ini dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Joanes Muda, Pengarah JMG Negeri Sembilan dan Melaka.
MAJLIS PERPISAHAN DUA ORANG PEGAWAI UNIT LOMBONG DAN KUARI
KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Satu majlis ringkas telah dibuat di Dewan Nephrite, JMG Sabah bagi meraihkan dua orang pegawai dari Unit Lombong dan Kuari yang akan ditukarkan tempat bertugas mulai Mei 2018.