Sambutan Kemerdekaan PPM 2017

Sambutan Kemerdekaan PPM 2017

Untuk mengenang kembali detik bersejarah kemerdekaan negara, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan hari sambutan kemerdekaan peringkat PPM. AJK Sambutan Kemerdekaan Peringkat PPM telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi Sambutan Kemerdekaan kali ke 60 pada tahun 2017 ini.  Aktiviti ini dimulai dengan pemasangan bendera Malaysia di sepanjang pagar hadapan pejabat ini pada 15hb Ogos yang lalu dan akan dikekalkan sehingga 16 September 2017. Acara sambutan rasmi diadakan pada 25 Ogos 2017 dimulai dengan upacara menaikkan bendera Malaysia, lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan bacaan ikrar. Selepas itu diikuti dengan perutusan hari merdeka oleh Timbalan Pengarah, senamrobik yang dikelolakan oleh SU dan AJK Sukan dan Rekreasi KSK PPM. Untuk memeriahkan lagi sambutan hari merdeka ini, satu permainan ringkas ala-ala explorace telah diadakan. Manakala tayangan montaj ringkas mengenai transformasi kemerdekaan telah diadakan pada sebelah petang semasa Perhimpunanan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan cinta akan negara di kalangan warga PPM. Selain itu juga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang melibatkan semua kakitangan tanpa mengira bangsa juga telah dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di PPM.

Melalui aktiviti explorace, warga PPM dapat mengenang kembali jerit perit wira-wira yang terdahulu dan juga menanam semangat cintakan negara kerana aktiviti yang dibuat adalah berkaitan dengan perjuangan, kerjasama dan semangat patriotik. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila dan sentiasa berusaha memelihara keamanan dan kemakmuran negara agar berkekalan. Bersyukurlah dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara dan pemimpin-pemimpin kita yang berjaya menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara maju, aman dan makmur. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 60. #negarakusehatisejiwa.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2017-09-29-11-10-21#sigProId63b5cdba47

Written by : ezulia