PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2017

PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2017

Pada 23 dan 24 Ogos 2017 iaitu di penghujung latihan industri, satu Perkongsian Ilmu dan Pembentangan Laporan Akhir Pelajar Latihan Industri telah diadakan di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, JMG, Ipoh. Para pelajar telah membentangkan laporan mereka sepanjang 3 bulan mereka menjalani latihan industri di sini. Kesemua 10 pelajar latihan industri telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya dan membentangkan laporan serta hasil kajian mereka dengan begitu baik sekali.

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada kesemua pelajar dan cenderahati Pembentang Terbaik telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Aminuddin Bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM.

PPM mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua pelajar dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada kesemua pelajar.


View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2017-10-13-08-50-04#sigProIdc46702e9b0

Written by : ezulia