PENDEDAHAN DAN MEMASYARAKATKAN GEOLOGI BERSAMA PELAJAR UITM

muka depan taklimat tg balau 2017

Kota Tinggi, 11 November 2017 – JMG Johor telah dijemput oleh KEJORA untuk membantu memberi keterangan mengenai geologi kawasan Tanjung Balau pada rombongan pelajar Universiti Teknologi Mara, Pasir Gudang di Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Rombongan terdiri daripada 60 orang palajar jurusan kejuruteraan awam tahun 2 dan 2 orang pensyarah yang mengiringi.

Program bermula dengan Encik Noorazhar dan Encik Mohd Fauzi memberi penerangan geologi (apa itu geologi, keperluan geologi dalam kerjaya kejuruteraan awam, dan cara pembentukan geologi Tanjung Balau itu sendiri).

Kemudian, diikuti dengan lawatan ke muzium geologi di dalam kawasan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Di dalam muzium geologi tersebut, peserta rombongan diberi pendedahan lebih mendalam apa itu geologi. Peserta dapat melihat bagaimana terjadinya tsunami, kejadian gunung berapi, pelbagai jenis batuan, fosil batuan dan sebagainya.

Akhir sekali, rombongan dibawa ke sekeliling Tanjung Balau bagi melihat keadaan geologi di sana. Morfologi pantai dan batuan sedimen yang sebelumnya dapat dilihat dengan jelas.

Dengan pendedahan geologi diberikan kepada pelajar kejuruteraan awam, harap dapat ia digunakan ilmu untuk kerjaya di masa hadapan.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2017-11-29-01-17-33#sigProId7dd607f293

Written by : asrul