Program Mentor Mentee bagi Pegawai Penyelidik dijalankan dengan sempurna

Program Mentor Mentee bagi Pegawai Penyelidik dijalankan dengan sempurna

PPM sekali lagi telah berjaya menjalankan Program Mentor Mentee untuk para pegawai penyelidik pada 20 Mac 2018. Program tersebut dijalankan di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seramai 14 orang pegawai penyelidik terlibat dalam program tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pegawai yang senior berkongsi pengalaman kerja serta ilmu penyelidikan dan kemahiran kepada para pegawai penyelidik yang baharu. Mentor untuk program kali ini ialah Tn Hj Abdul Rois Bin Abdul Mois, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, PPM.

Tn Hj Abdul Rois banyak berkongsi pengalaman pahit manis yang dilaluinya sepanjang beliau bertugas di Institut Penyelidikan Galian dan Pusat Penyelidikan Mineral. Banyak nilai murni dan pengajaran yang diterapkan dalam penceritaan beliau yang dapat diambil dan dipelajari oleh pegawai-pegawai yang lain dalam melaksankan tanggungjawab mereka. Walaupun perkongsian  yang diberikan hanyalah secara santai dan diselitkan dengan gurau senda, namun isi kandungan yang disampaikan olehya adalah sangat mendalam dan bermakna.

Program berakhir dengan makan tengahari yang telah disediakan di SUGA. Semua pegawai penyelidik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Rois atas perkongsian ilmu dan pengalaman beliau yang amat berharga itu.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-04-03-00-55-22#sigProId24db99edfb

Written by : ezulia