Kerja Lapangan Persampelan Efluen Lombong dan Tanah di Lombong Fortress Mining, Bukit Besi, Terengganu

Kerja Lapangan Persampelan Efluen Lombong dan Tanah di Lombong Fortress Mining, Bukit Besi, Terengganu

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH – 16 April 2019: Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong Dan Kuari telah menjalankan aktiviti kerja penyelidikan iaitu persampelan efluen lombong dan tanah di Lombong Fortress Mining Sdn Bhd, Bukit Besi, Terengganu pada 16 April 2019 yang lalu. Selain itu, persampelan tanah juga diambil di kawasan berkenaan.

Persampelan efluen lombong telah dilakukan menggunakan pam untuk diisi ke dalam 6 buah tangki air berkapasiti 160L. Persampelan efluen juga dilakukan menggunakan kaedah grab sampling (di dalam botol sampel 1L. Kemudian, efluen tersebut diuji dengan menggunakan alat multimeter bagi mendapatkan nilai bacaan pH, conductivity, total dissolved solid, dissolved oxygen dan oxidation-reduction potential. Aktiviti kedua ialah persampelan tanah di kawasan lombong. Sebanyak beberapa beg sampel tanah telah diambil untuk digunakan dalam ujian penanaman pokok vetiver terkawal di SUGA, Malim Nawar. Ujian penanaman terkawal ini bertujuan untuk mengkaji kebolehupayaan tumbuhan hidup menggunakan tanah dari kawasan ini.

Keseluruhan aktiviti kerja lapangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sampel efluen lombong dan tanah yang diperoleh dari kawasan lombong dan sekitarnya telah dibawa pulang ke makmal PPM untuk tujuan penyelidikan dan perlaksanaan siri-siri ujian analisis yang berkaitan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari dan Encik Mohd Iskandar Dzulkarnein, safety executive Fortress Mining, Bukit Besi bersama kerana telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya kerja lapangan pada kali ini.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-05-08-04-49-03#sigProIdfd82f1e6d1

Written by : ezulia