MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI

KOTA KINABALU, SABAH (06 September 2019, JUMAAT): Unit Perkhidmatan Makmal Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan satu majlis penyampaian sijil tamat latihan industri kepada dua orang pelajar yang telah menamatkan latihan industri mereka di JMG Sabah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Sabah En. Paulius@Paulus Godwin.

Pada 24 Jun 2019 yang lepas Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah telah menerima seramai dua orang pelajar latihan industri dari Universiti Malaysia Terengganu. Helmy Benting dan Yvonne Samuel, pelajar jurusan Ijazah Sains Kimia Universiti Malaysia Terengganu telah menjalani latihan industri mereka selama dua bulan di bawah seliaan Dr. Morius Bantas dan En. Khairun Nasir.


Sepanjang menjalani latihan, mereka telah diberikan pendedahan secara menyeluruh tentang fungsi dan peranan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah khususnya dalam tatacara pemprosesan dan analisis sampel. Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh di JMG Sabah dapat memberikan manfaat kepada mereka di masa akan datang.


Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : Dr. Morius Bantas

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-09-11-03-28-25#sigProId2cb2c3cfbd

 

Written by : ruddey