“PROGRAM NESCAFE BERTEMU PELANGGAN”

“PROGRAM NESCAFE BERTEMU PELANGGAN”

KOTA KINABALU, SABAH (21 NOVEMBER 2019): KHAMIS, Satu program telah dijalankan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah pada hari ini 21 November 2019 yang dilaksanakan oleh Syarikat Harisson Trading Sdn. Bhd. di jabatan ini.

Syarikat ini telah memberikan minuman nescafe secara percuma dengan motto “Pagi bertambah Indah dengan Nescafe” kepada kakitangan di jabatan ini. Seramai 25 orang kakitangan telah sama-sama memberikan sokongan kepada program ini.

Syarikat ini berharap dengan adanya program seperti ini dapatlah lagi meningkatkan jualan pasaran mereka di masa akan datang. Syarikat ini akan sentiasa membuat program sedemikian dari masa ke semasa.

Sumber Penulisan dan Maklumat : En. Mohd Azrol bin Hanaffi
Sumber Foto : Pn. Rizidah Majawal dan Pn. Suriani Ramlee

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-12-04-03-04-57#sigProId9551ff6d52

Written by : AZROL