SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Johor Bahru, 1 Februari 2021 – Kami warga JMG Johor ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Menteri KETSA YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah di atas pengurnian darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) dan Timbalan Menteri KETSA YB Datuk Ali Biju di atas pengurnian darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 baru-baru ini.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 31 Januari 2021 – Buat julung kalinya Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran pembukaan pejabat yang terhad kepada beberapa orang sahaja kerana perlaksanaan PKP 2.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat pertama kali.

Baca selanjutnya