LAWATAN MESRA JMG TERENGGANU KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

LAWATAN MESRA JMG TERENGGANU KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 19 Mac 2018(Isnin) – Satu kunjungan hormat oleh pengurusan JMG Terengganu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah diadakan. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Haji Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail. Matlamat kunjungan ini adalah bagi merapatkan hubungan dan kerjasama JMG dengan kerajaan negeri Terengganu.

 

blog 4

 

blog 21

 

blog 22

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM TELAGA TIUB KG. JONGOK BATU.

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM TELAGA TIUB KG. JONGOK BATU.

DUNGUN, 26 Mac 2018(Ahad) – Majlis perasmian dan penyerahan sistem telaga tiub Kg. Jongok Batu telah disempurnakan oleh YB HJ. Roslee Bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N 25 Bukit Besi. Majlis ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, J3K Kg. Jongok Batu, Pejabat Dun Bukit Besi, UMT dan beberapa agensi kerajaan persekutuan. Majlis ini merupakan simbolik penyerahan sistem telaga tiub kepada komuniti Kg. Jongok Batu dan kawasan sekitarnya dengan harapan penduduk kampung mendapat bekalan air bersih secara berterusan.

Majlis ini juga dilaksanakan dengan matlamat sebagai medan perkongsian maklumat dan kesedaran awam berkaitan bidang geologi khusunya hidrogeologi. Selain daripada itu, pendedahan kepada masyarakat tentang peranan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dapat ditonjolkan.

Sempena majlis perasmian ini juga, turut diadakan program pamiran melibatkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu serta Jabatan Boma dan Penyelamat Malaysia.

 

blog 17

 

blog 15

 

blog 14

 

blog 13

 

blog 12

 

blog 11

 

blog 10

 

 

blog 7

 

blog 6

 

blog 5

MAJLIS PERPISAHAN EN. SIVALINGAM A/L KRISHNAN

MAJLIS PERPISAHAN EN. SIVALINGAM A/L KRISHNAN

KUALA TERENGGANU, 18 MAC 2018(Ahad) – Kelab KESKET telah mengadakan majlis perpisahan untuk en. Sivalingam a/l krishnan yang akan berpindah ke JMG Johor bermula 25 Mac ini. Kami di JMG Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan sepertimana di JMG Terengganu sebelum ini.

blog 8

Sumbangan kenang-kenangan dari JMG Terengganu yang disampaikan oleh Tuan Pengarah

blog 9

Makan Bersama-sama insan yang diraikan.  Selamat maju jaya di tempat baru. 

Semoga kita berjumpa lagi.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2018 DAN SESI MEMPERKENALKAN KAKITANGAN BARU JMG TERENGGANU

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2018 DAN SESI MEMPERKENALKAN KAKITANGAN BARU JMG TERENGGANU

Kuala Terengganu, 28 Januari 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai kenal kakitangan baru yang melaporkan diri telah diadakan. Pn. Nailah@Nazirah Bt Abdullah dilantik sebagai pengacara majlis pada program pagi ini.

blog 16

Ucapan pengenalan daripada En. Sayuti yang berpindah dari

JMG Selangor ke JMG Terengganu.

 

blog 18

Penyampaian cenderahati kepada En. Tarmizi Bin Ismail sempana usianya memasuki 38 tahun.