MAKMAL REE JMG DI TEMPAT KE-39

MAKMAL REE JMG DI TEMPAT KE-39

IPOH, 13 Februari 2025: Tahniah Makmal REE JMG..! Makmal REE JMG berada di kedudukan ke-39 dalam 'rangking' dunia di dalam senarai 174 makmal yang mengambil bahagian di dalam Ujian Kecekapan WEPAL (Wageningen Evaluation Program for Analytical Laboratory) yang berpusat di Wageningen University and Research, Netherland, bagi sesi 2024-4.

Baca selanjutnya

LAWATAN CEO PKINK KELANTAN KE MAKMAL BPT

LAWATAN CEO PKINK KELANTAN KE MAKMAL BPT

IPOH, 13 Februari 2025: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia di Ipoh telah menerima lawatan dari delegasi PKINK Kelantan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Dato' Sr. Zamri Bin Ismail. Turut hadir mengiringi ialah GM Kelstone Sdn. Bhd., PGeol. Phakhruddin bin Abdullah. Pihak Makmal JMG disertai oleh wakil Pengarah Makmal, En Mohammad Aswandi Bin Ariff, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai.

Lawatan bertujuan untuk memahami prosedur permohonan analisis bagi mengenal pasti potensi pembangunan mineral di Negeri Kelantan. Lawatan dimulai dengan sesi taklimat dan perbincangan disusuli lawatan ke Makmal Mineral Strategik Negara, Makmal Penyediaan Sampel dan Makmal REE Negara.

Pihak Makmal mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan kepada perkhidmatan kami dan mengharapkan objektif lawatan oleh pihak PKINK tercapai seperti dihajatkan.

MESYUARAT “KICK OFF” SEBUTHARGA MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH STAINLESS STEEL CANOPY HOOD BESERTA KELENGKAPAN DAN AKSESORI TERMASUK KELENGKAPAN PEMASANGAN SISTEM PENGEKSTRAKAN ASAP (FUME EXTRACTION SYSTEM-UPVC PIPES DAN REMOTE BLOWERS)

MESYUARAT “KICK OFF” SEBUTHARGA MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI  DAN MENTAULIAH STAINLESS STEEL CANOPY HOOD BESERTA KELENGKAPAN DAN AKSESORI TERMASUK KELENGKAPAN PEMASANGAN SISTEM PENGEKSTRAKAN ASAP (FUME EXTRACTION SYSTEM-UPVC PIPES DAN REMOTE BLOWERS)

IPOH, 13 Februari 2025:   Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia di Ipoh telah mengadakan mesyuarat “kick off” bagi sebutharga bekalan dan pemasangan “canopy hood” beserta kelengkapan dan aksesori berkaitan antara Makmal BPT dan Maxsains System Ent. (pembekal) untuk Projek Naiktaraf dan Peningkatan Kemudahan Makmal JMG Ipoh. Pihak Makmal diwakili oleh En Mohd. Fuzi Bin Hashim (Ketua Projek), Pn Akrimi Masua Binti Mohamad (Pegawai Perolehan) dan dua kakitangan yang berkaitan. Pihak Maxsains disertai oleh Mr Lau, Mr Jason, Mdm Mei Ying, Mdm Anne dan Mr Kenny.

Mesyuarat ini adalah pertemuan awal untuk memulakan projek. Ia bertujuan untuk menyatukan semua pihak yang terlibat, termasuk tim Makmal BPT dan pihak Maxsains (pembekal), menetapkan matlamat, dan langkah-langkah yang akan diambil untuk melaksanakan projek. Antara perkara yang dibincangkan ialah (1) latar belakang projek, (2) matlamat dan tujuan, (3) tugas dan tanggungjawab setiap pihak, (4) jadual dan tempoh perlaksanaan, (5) isu dan masalah yang mungkin timbul dan cara menangganinya.

Mesyuarat ini penting bagi membantu memastikan semua pihak memahami arah dan tujuan perlaksanaan projek, pematuhan spesifikasi serta mengurangkan risiko kegagalan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 7 Februari 2025 - JMGSWP telah manganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perpisahan Pegawai yang bertempat di Bilik Kuarza. Majlis perhimpunan kali ini diserikan dengan majlis perpisahan dua warga jabatan yang akan berpindah ke JMG Sarawak. Mereka yang diraikan adalah En. Amir Syukri bin Jalaludin dan En. Bryien Emanuel bin Edwin Raduan. Terima kasih atas jasa dan sumbangan kalian. Semoga terus cemerlang di tempat baru.