Kota Tinggi, 11 Februari 2020 - Mesyuarat MPPN Bil. 1/2020 telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort & SPA, Desaru, Kota Tinggi, Johor pada 11 hingga 13 Febrauari 2020. Mesyuarat ini disudahi dengan lawatan kerja ke Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP) dan Pengerang Deepwater Terminals (PDT) pada 14 Februari 2020.
WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2020
Johor Bahru, 5 Januari 2020 – Kami warga JMG Johor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat semua warga JMG di seluruh negara. "Waktu terus berjalan, Lembaran demi lembaran, telah terisi. Kadang sedikit makna dan kekadang tidak bermakna langsung, Semoga di tahun 2020 ini setiap lembarannya punya makna punya manfaat".
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2020
Johor Bahru, 23 Januari 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Asnida binti Zamru, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi bin Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina binti Jusoh. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2019
Johor Bahru, 12 Disember 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Norhazidi bin Masrom, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Iedil bin Omar. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2019 DAN KEMUNCAK MAJLIS HARI INOVASI PERINGKAT JMG JOHOR
Johor Bahru, 27 November 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Asnida binti Zamru, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hakim bin Md Najib dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Helmy bin Kadir. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan amanat daripada Ketua Pengarah berkenaan sambutan Hari Inovasi dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis kali ini.
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 12 November 2019 - Pengarah JMG Johor yang baharu, Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah telah membuat kunjunghormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Dato' Haji Azmi bin Rohani. Turut serta dalam kunjungan ini ialah En. Juna Azleen bin Abdul Ghani dan En. Noorazhar bin Ngatimin. Ini adalah kunjunghormat yang pertama beliau sejak dilantik sebagai Pengarah JMG Johor bermula pada 2 Oktober 2019.
PENGARAH JMG JOHOR DALAM PROGRAM CITRA DESA SELAMAT PAGI MALAYSIA
Mersing, 26 Oktober 2019 - Satu Program terbitan RTM iaitu Citra Desa Selamat Pagi Malaysia telah bersiaran langsung di Sukalayar Resort, Tanjung Resang, Mersing, Johor baru-baru ini. Dua jam bersiaran, adalah bagi tujuan memaparkan daerah Mersing secara menyeluruh merangkumi kewujudannya dari sudut geologi, sebuah daerah yang terbentuk 350 juta tahun yang lampau. Ia juga memaparkan kisah Mersing sebuah daerah yang merupakan lokasi berlakunya gunung berapi yang ganas sekitar 300 juta tahun sebagaimana Indonesia pada hari ini dan merupakan daratan terawal yang membentuk Semenanjung Malaysia.
SEMINAR MERSING GEOPARK
Mersing, 22 Oktober 2019 - Jawatankuasa Promosi dan Pembangunan Mersing Geopark dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pusat Kejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), UTM dan JMG Johor telah menganjurkan Seminar Mersing Geopark di Hotel Seri Malaysia Mersing, Johor yang telah dirasmikan oleh YB DUN Endau Puan Hajah Alawiyah bt. Talib.
PROGRAM BEBAS DADAH DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 31 Oktober 2019 - JMG Johor telah berjaya mengadakan Program TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah) baru-baru ini bagi usaha untuk mencegah dadah daripada masuk ke tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Seramai 27 kakitangan telah menjalani ujian saringan urin dan keputusannya semua bebas daripada pengaruh dadah.
LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI JOHOR 2019
Pengerang, 6 November 2019 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2019 Johor telah dilaksanakan di Kg. Dato' Abd. Ghani Othman, Teluk Ramunia, Pengerang berhampiran dengan telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Farizal bin Ismail.