Johor Bahru, 07 Februari 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, telah diadakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2016, HARI INOVASI DAN PERSARAAN PENGARAH JMG JOHOR TUAN HAJI ZAKARIA BIN HUSSAIN
Johor Bahru, 21 November 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2016 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Hari Inovasi dan persaraan Tuan Haji Zakaria bin Hussain telah diadakan serentak di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
KURSUS PERSAMPELAN GEOKIMIA UNTUK PELAJAR INDUSTRI DAN KAKITANGAN BUKAN TEKNIKAL JMG JOHOR DI GUNUNG ARONG, MERSING
Mersing, 30 Ogos 2016 - Unit Sumber Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah merangka satu kursus persampelan geokimia untuk pelajar industri dan kakitangan bukan teknikal yang bertujuan memberi pendedahan tentang kerja-kerja yang dijalankan oleh unit ini. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar latihan industri untuk merasai sendiri pengalaman bekerja di lapangan.
JMG JOHOR MENYERTAI OPS KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI PAYA KOPI, PAGOH, MUAR
Muar, 4 Oktober 2016 - Jabatan menerima panggilan telefon dari Jabatan Alam Sekitar Johor bagi mengaktifkan telaga di Paya Kopi, Pagoh berikutan berlakunya kebakaran tanah gambut di sana.
PELANCARAN TELAGA AIR BAWAH TANAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR DI KG GEMBUT, SEDILI, KOTA TINGGI
Kota Tinggi, 26 Oktober 2016 - Program Pelancaran Sumber Air Bawah Tanah di Kampung Gembut Sedili telah disempurnakan pelancarannya oleh YB ADUN Sedili Tn Hj Rasman bin Hj Ithnain. Hasil kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains Johor menunjukkan bahawa kawasan Kg Gembut mempunyai potensi sumber air bawah tanah yang boleh menampung keperluan air setempat. Turut hadir ialah wakil dari Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Syarikat Air Johor (SAJ), Guru Besar SK Kg Gembut, Ketua Kampung Kg Gembut dan kampung-kampung sekitar serta penduduk Kg Gembut.