LAWATAN KERJA DATO’ PROF. DR IBRAHIM KOMOO KE JMG JOHOR

muka depan IBK ke JMG Johor

Johor Bahru, 31 Julai 2017 - JMG Johor telah menerima kunjungan YBhg Dato’ Prof. Dr Ibrahim Komoo, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan.

Kunjungan atau lawatan kerja ini bertujuan membincangkan cadangan pembangunan Geopark Mersing. Hasil perbincangan yang dijalankan, ia telah membuahkan idea konsep yang akan diterapkan dalam Geopark Mersing ini. Turut dibincangkan ialah tindakan yang perlu diambil oleh JMG selaku agensi pelaksana.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN PROJEK KAJIAN SUMBER PASIR LAUT NEGARA FASA III – SURVEI GEOFIZIK MARIN PERAIRAN LEPAS PANTAI PAHANG DAN JOHOR TIMUR

muka depan survei marin

Pasir Gudang, 1 Ogos 2017 - Baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa III-Survei Geofizik Marin Perairan Lepas Pantai Pantai Pahang dan Johor Timur oleh YBhg Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE JMG JOHOR

muka depan lawatan KP ke JMG Johor

Johor Bahru, 31 Julai 2017 - Warga JMG Johor sangat berbesar hati menerima kedatangan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) iaitu Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Kunjungan Ketua Pengarah ke JMG Johor adalah merupakan lawatan kerja beliau yang ketiga selepas JMG Sarawak dan JMG Selangor/Wilayah Persekutuan.

Baca selanjutnya

KUNJUNG HORMAT PROF. EMERITUS DATO' DR. IBRAHIM KOMOO KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS JOHOR

muka depan dr ibrahim komoo

Johor Bahru, 18 Mei 2017 - Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamed telah mengadakan kunjung hormat ke Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor.

Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo yang lebih dikenali sebagai IBK oleh rakan-rakan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan dan Principal Fellow & Chair, Langkawi Research Centre (PPL). Prof. IBK juga merupakan Ketua Kluster Alam Sekitar dan Sumber Asli [Majlis Profesor Negara (MPN)], Pakar Antarabangsa kepada UNESCO Global Geopark, Penyelaras untuk Rangkaian Geopark Asia Pasifik [Asia Pacific Geoparks Network (APGN)] dan Naib Presiden Persatuan Rangkaian Geopark Global [Global Geoparks Network Association (GGNA)], Fellow Institut Geologi Malaysia dan Fellow Akademi Sains Malaysia.

Baca selanjutnya