Johor Bahru, 17 Mac 2014 – Satu majlis perpisahan telah diadakan khusus untuk Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi yang akan berpindah. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral (JUSA C) di Ipoh, Perak.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,
Johor Bahru, 18 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor kepada Y.B Dato' Haji Obet bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor di pejabat beliau di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Istana Johor
Johor Bahru, 20 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor untuk bertemu dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.
Program Penempatan Kakitangan JMG Johor Di Lombong Besi Chaah
Batu Pahat, 1 April 2014 – Program ini dilaksanakan adalah lanjutan daripada kerjasama teknikal yang terjalin antara JMG Johor dan lombong besi Chaah bagi melaksanakan kerja-kerja penggerudian besi untuk menilai jumlah rizab dan gred besi di lombong berkenaan. Program yang dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral JMG Johor dihadiri oleh 10 orang peserta dan 4 orang fasilitator.
Taklimat Dan Pameran Hidrogeologi Di Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014
Pekan Nenas, 23 April 2014 – Pihak JMG Johor telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan UNESCO-IHP Malaysia. Kem ini telah diadakan di Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor.