KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG KELANTAN YANG BARU DENGAN DATO' SUK

27 November 2013 bersamaan 23 Muharram 1435H, Pengarah JMG Kelantan Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar, En. Mohamed Hizam Bin Abdul Kadir TP(L&K),  dan En. Ab. Rashid Bin Ahmad TP (Geosains) telah membuat satu kunjungan hormat bersama Dato' SUK Negeri Kelantan YB Dato' Dr. Zainuddin Bin Hj. Ibrahim bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Baca selanjutnya

Hari Terbuka Wisma Persekutuan Kota Bharu

Pada 9 Disember 2012, Wisma Persekutuan Kota Bharu telah mengadakan hari Terbuka Wisma serentak dengan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah 1434H. Majlis dirasmikan oleh Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang turut diserikan dengan acara menyediakan bubur asura dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan koperasi. Seperti biasa setiap tahun, JMG Kelantan tidak ketinggalan dalam menyediakan bubur asura yang melibatkan komitmen dari kesemua kakitangan JMG Kelantan.

Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 & Majlis Perpisahan

Pada 29hb. November 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Inovasi 2012 dan Majlis Perpisahan bertempat di Bilik Mesyuarat Feldspar, JMG Kelantan. Majlis perpisahan adalah untuk meraikan pertukaran En. Muhammad Umar Sarimal (KUPM) ke JMG Sabah dan En. Mohd Lazim Mohamed (TPSM) ke JMG Pahang di mana masing-masing telah berkhidmat selama 7 dan 17 tahun di JMG Kelantan. Warga JMG Kelantan mengucapkan selamat bertugas di pejabat baharu.

Taklimat Permodelan Lembangan Kelantan

KOTA BHARU, 21 November 2012 - Satu taklimat mengenai permodelan lembagan Kelantan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Felspar, JMG Kelantan. Taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ismail Yusof dari Universiti Malaya mewakili Syarikat NWN Sdn. Bhd yang telah dilantik untuk menjalankan kajian tersebut di bawah Aktiviti Hidrogeologi. Kandungan taklimat adalah berkisar kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor menggunakan aplikasi perisian Groundwater Vista Version 5.0.