TAHNIAH Datuk Hj Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG

TAHNIAH Datuk Hj Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG

Kami, seluruh warga kerja Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Hj  Shahar Effendi bin Abdullah Azizi atas pengurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari 2018.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar dan amat bermakna kepada Jabatan dan seluruh kaum kerabat JMG.

Alhamdulillah dan Tahniah Datuk!

Kerjasama pintar bersama Abada Venture, sejarah baharu telah tercatat

Kerjasama pintar bersama Abada Venture, sejarah baharu telah tercatat

Tanggal 16 Januari 2018 merupakan satu detik bermakna bagi Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di mana pihak PPM, JMG secara rasminya telah menjalinkan kerjasama pintar bersama pihak Abada Venture Sdn Bhd dalam Majlis Menandatangani Kertas Kerjasama Pintar yang berlangsung di dewan seminar di sini.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Abada Venture Sdn Bhd, Tn Hj Idris Bin Muhamud dan rombongan, serta Pengarah PPM, Tn Hj Md Muzayin Bin Alimon, Timbalan Pengarah iaitu En Aminudin Bin Mahmud, ketua-ketua cawangan, dan para pegawai penyelidik.

Idea untuk menjalinkan kerjasama ini tercetus hasil daripada pertemuan antara pihak pengurusan Abada Venture Sdn Bhd dengan pihak pengurusan PPM dan  Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) pada 10 November tahun lepas di PPM.

Tahniah kepada Ketua Projek PPM, YBrs Dr Ismail Bin Ibrahim serta pasukan CTPM kerana telah mengambil inisiatif untuk memulakan usahasama dengan pihak Abada Venture dalam sektor perlombongan bijih besi. Kerjasama yang dibuat adalah mengenai ‘Program Perundingan Peningkatan Kemahiran Pembangunan dan Pemindahan Teknologi Pemprosesan Sumber Mineral Terutamanya Dalam Industri Perlombongan Bijih Besi’.

Baca selanjutnya

MAJLIS TITIPAN BUDI KILAUAN BAKTI 2017

MAJLIS TITIPAN BUDI KILAUAN BAKTI 2017

Pada 6 November 2017 (Isnin) telah berlangsung majlis hi-tea di Hotel Symphony Suites, Ipoh bagi meraikan persaraan dan perpisahan kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) ini telah diserikan oleh ucapan perasmian Pengarah PPM, Tn Hj Md Muzayin Alimon yang juga selaku Penasihat KSKPPM.

Baca selanjutnya

PPM Menjadi Juara Pertandingan Inovasi 1NRE, 2017 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

PPM Menjadi Juara Pertandingan Inovasi 1NRE, 2017 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Amat Berbangga!

Sejambak tahniah buat PPM kerana telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Inovasi 1NRE, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, bagi tahun 2017.

PPM melalui penyelidik utama, Dr Rohaya Bt Othman dan pasukannya EUREKA, telah mempertaruhkan inovasi bertajuk Penghasilan Kertas Menggunakan Sisa Buangan dari Industri Gas Asetilina sebagai bahan Pengisi, bagi pertandingan tersebut.

Pasukan EUREKA telah membawa pulang sebuah piala dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pengumuman kejayaan ini telah dibuat pada 19 hb. Disember 2017, sempena Perhimpunan Bulanan 1NRE bagi bulan Disember 2017, di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Baca selanjutnya

KERJA LAPANGAN DI LANGKAWI

KERJA LAPANGAN DI LANGKAWI

Seramai 42 orang Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membuat lawatan sambil belajar dan kerja lapangan di Langkawi, Kedah pada 24 – 26 November 2017.

Tujuan lawatan dan kerja lapangan ini diadakan ialah bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan baharu PPM mengenai pembentukan mineral dan batuan di Malaysia. Pengetahuan tentang mineral dan geosains ini amat penting, kerana ianya menjadi asas kepada aktiviti R&D mineral di PPM. Ahli rombongan telah dibawa dan melihat kejadian pembentukan ketiga-tiga jenis batuan yang terdapat di Langkawi iatu batuan igneus, sedimen dan metamorfik. Disamping itu juga mereka dibawa dan mengkaji pembentukan hot spring, kejadian sesar, retakan, proses luluhawa dan hakisan.
Sepanjang kerja lapangan, ahli rombongan PPM telah diberi taklimat dan tunjuk ajar oleh En Aminudin Bin Mahmud, Timbalan Pengarah, PPM.

Adalah diharapkan kerja lapangan ini memberi manfaat kepada pegawai dan kakitangan terlibat, lebih-lebih lagi bagi pembelajaran dan penggandaan ilmu staf baharu PPM.

Baca selanjutnya