Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh telah menganjurkan Program Strategi Meningkatkan Kreativiti Kumpulan Pelaksana dan juga Lawatan Kerja Geopark di Kedah dan Pulau Pinang pada 13 hingga 16 Mac 2018. Program strategik telah diadakan di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh kakitangan Sokongan 1 dan staf Unit Pentadbiran dan Kewangan PPM. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dikalangan wargakerja PPM dan bersama-sama komited dan bertanggungjawab serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya kearah memastikan perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.
LATIHAN PEMBUATAN JUBIN SERAMIK
Pada awal bulan Mac yang lalu, Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menghantar seramai empat(4) orang pegawai untuk menjalani latihan pembuatan jubin seramik. Latihan ini diadakan selama tiga(3) hari bermula pada 6 - 8 Mac 2018 bertempat di Ceramic Research Centre Company, Klang Selangor. Empat(4) orang pegawai yang mengambil bahagian adalah Encik Mohd Idham bin Mustaffar, Pegawai Penyelidik Gred Q44, Encik Mohd Razli bin Mohd Latif, Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, Encik Muhammad Azammudin bin Ahmad Fauzi, Pembantu Penyelidik Gred Q19 dan Cik Suzie Suliana binti Hashim, Pembantu Penyelidik Gred Q19.
Objektif latihan ini adalah antara lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan dengan kaedah pembuatan jubin seramik secara hands-on yang berkait rapat dengan R&D pembuatan kaca-seramik yang dilaksanakan di CTBS sekaligus dapat meningkatkan kualiti R&D di CTBS khasnya. Sambil menyelam minum air, pegawai yang menghadiri latihan tersebut juga dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan peserta lain iaitu dari industri jubin seramik yang juga turut serta dalam program berkenaan.
PPM MEMENANGI 3 PINGAT PERAK DALAM MTE 2018
Buat julung kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menghantar 3 penyertaan dalam Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018) yang telah diadakan pada 22 – 24 Februari 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. MTE telah bermula pada tahun 2001 dan MTE 2018 pada tahun ini merupakan acara bagi edisi ke-17. Ekspo ini mempamerkan sebanyak 500 buah pameran dengan tema “Asia’s Inventions and Innovations Marketplace” yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik Saintis Malaysia (MARS).
GOTONG ROYONG LESTARI ALAM PPM
SELASA, 20 Februari 2018 – Pusat Penyelidikan Mineral telah melaksanakan aktiviti GOTONG ROYONG LESTARI ALAM sebagai usaha melestarikan kebersihan dan keindahan di persekitaran PPM. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan menghantar pekerja dan road sweaper bagi membersihkan kawasan PPM.
Aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penyelenggaraan bangunan dan persekitaran PPM disamping memupuk sikap saling bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua warga PPM.
PPM menerima Pelawat dari Fukuoka City dan Majlis Bandaraya Ipoh
Pada 25 Januari 2018, Pusat Penyelidikan Mineral telah menerima rombongan pelawat dari Fukuoka City dan Majlis Bandaraya Ipoh. Fukuoka City, Jepun merupakan bandaraya berkembar kepada Bandaraya Ipoh, Perak.
Lawatan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, MBI dan Fukuoka City ke PPM telah membuka peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua bandaraya itu.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk mineral serta batuan yang terdapat di sekitar Ipoh dan juga bagi melihat tempat-tempat yang menarik sebagai promosi kepada pelancong dari negara matahari terbit tersebut untuk melawat ke sini. Pihak Fukuoka City juga akan dapat mempromosikan produk dan tempat mereka kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada warga MBI untuk lawatan ke negara mereka.