Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
IPOH, 13 – 14 Mei – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan 2 orang pelajar latihan industri.
Bengkel selama 2 hari ini bertujuan memberi pengenalan, pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta terutamanya dalam mengendalikan dan memahami fungsi alat Shimadzu UV-1900.
Para peserta juga diberi peluang untuk menjalani latihan secara hands-on tentang kaedah mengendalikan alat dan menganalisis sampel. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Anisa binti Rashid dari Syarikat Shimadzu Sdn. Bhd.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan PPM dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2024 PPM

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2024 PPM
IPOH, 6 MEI - Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2024 telah diadakan di Dewan Seminar PPM yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad.
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah kemaskini Usahasama/ Perkongsian Pintar Antara PPM dengan Agensi Kerajaan dan Swasta, Penyediaan Standard Bagi Penjejakan Mineral Mampan, dan Lantikan Tugas-tugas Khas Sesi 2024.
Di samping itu juga, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pengawai Penyelidik turut diadakan seusai selesai mesyuarat tersebut. Sedikit permainan santai turut diadakan bagi menceriakan lagi suasana.

Mesyuarat JTPK NRES Bil 4/2024

Mesyuarat JTPK NRES Bil 4/2024
IPOH 29 APRIL 2024 Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Bil.4/2024 yang telah berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim ini turut disusuli dengan lawatan-lawatan kerja di Tapak Projek Pembinaan Bangunan Baru Makmal Silika, Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan dan Makmal Analisis Unsur Nadir Bumi (REE).

LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE

LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE

IPOH, 15 Mei 2024:  Pada hari ini, Makmal Analisis REE, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai serta kakitangan Terra Mineral Lab (TML) sempena Lawatan Teknikal ke makmal ini. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amirul Bin Md. Nor selaku Pengurus Makmal.

Baca selanjutnya