KUCHING, SARAWAK (14 MAC 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang mengadakan satu mesyuarat Editor Jabatan Bagi Penerbitan Laporan Tahunan JMG 2017 di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak selama 3 hari bermula dari 11hb Mac hingga 15hb Mac 2018.
PEMERIKSAAN TAPAK OPERASI KUARI UNTUK KELULUSAN EIA BAGI DOMINANT PROSPECT SDN. BHD., PULAU BANGGI, SABAH
KUDAT, SABAH (13 MAC 2018) : SELASA, Pemeriksaan tapak untuk operasi kuari oleh Dominant Prospect Sdn. Bhd. telah dijalankan pada 13 Mac 2018 (Selasa) oleh pegawai-pegawai dari Unit Perkhidmatan Lombong & Kuari, JMG Sabah. Pemeriksaan ini adalah untuk ulasan Quarry Scheme Report on Proposed Aggregate Quarry on Part of PL 056290370 at Banggi Island, Kudat District, Sabah yang telah disediakan dan kemukakan oleh Jurutera Perunding.
MESYUARAT PELAPORAN KAJISELIDIK KEJADIAN GEMPA BUMI (08 MAC 2018)
KOTA KINABALU, SABAH (12 MAC 2018) : ISNIN, satu mesyuarat berkaitan pelaporan kajiselidik kejadian gempa bumi pada 08 Mac 2018 baru-baru ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah.
KAJISELIDIK KESAN KEJADIAN GEMPA 08 MAC 2018
KOTA KINABALU, SABAH (12 MAC 2018) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan kajiselidik akibat daripada kejadian gempa di Gunung Kinabalu yang berskala 5.2 richter pada 08 Mac 2018 (Khamis) jam 9.06 malam yang merangkumi daerah Kundasang, Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.
PAMERAN KIMIA RUN 2018
PENAMPANG, SABAH (11 MAC 2018) : AHAD, Satu pameran sempena acara "Kimia Run 2018" anjuran Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sabah telah diadakan di Kompleks Sukan Penampang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).