Johor Endau-Rompin, Kampung Peta, 06 Mac 2024 - JMG Johor telah membuat satu tinjauan tapak bersama Tok Batin Kampung Peta untuk mengesahkan lokasi pembinaan telaga eksplorasi bagi projek ECER. Pada masa yang sama, JMG juga berkesempatan melihat kesan bencana geologi yang berlaku di kawasan Taman Negara Johor Endau Rompin (Peta). Tinjauan ini dibuat bersama pihak Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).
πππ‘ππππ π£πππππ¦ππ‘πππ‘ πππ π¦ 2.0 π π’ππ¨π ππ’ππ¨π ππ‘ π§ππ₯π£ππ₯ππ‘ππππ§
KOTA KINABALU, SABAH 07 MAC 2024 (KHAMIS) : Bahagian latihan JMG Sabah telah mengadakan bengkel pelaksanaan DDMS 2.0 selama dua hari bermula pada 06 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Dan berakhir pada 07 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Utama Nephrite, Blok B Kinabalu, Aras 2, JMG Sabah.
Β
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi melaksanakan Penggunaan Pelaksanaan DDMS 2.0 Modul Dokumen Terperingkat secara digital. Antara objektif bengkel ini diadakan adalah memberi kefahaman dan penerangan yang lebih jelas tentang tanggungjawab dan skop bidang tugas sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) serta peranan penjawat awam apabila dilantik menjadi Pendaftar Rahsia dalam mengendalikan fail dan dokumen rahsia rasmi dan meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod jabatan secara lebih sistematik.
Β
Penceramah jemputan merupakan pegawai yang bertauliah dari Jabatan Digital Negara (JDN). Seramai tiga orang penceramah jemputan, mereka adalah Encik Haizad bin Sarian, Puan Nora'aini bte Mohd Ghouse dan Puan Haiza binti Harun.
Seramai 20 orang Pegawai Rekod JMG Sabah yang telah dilantik hadir sama dalam bengkel ini.
Β
Sumber maklumat dan foto : Puan Shuryanteh binti Mohd Yassin
Β
Taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer
IPOH, 27 FEB β Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan taklimat berkaitan alat UV-VIS Spectrophotometer. Taklimat berkaitan profil syarikat serta peralatan saintifik yang ditawarkan telah disampaikan Cik Nur Syahira selaku Sales Engineer daripada Syarikat SHIMADZU Sdn. Bhd.
Seterusnya, perkongsian berkaitan tatacara pengunaan alat UV-Vis telah disampaikan oleh En. Yew Wooi Meng selaku Senior Application Chemist. Kakitangan PPM juga telah diberi peluang untuk menjalankan analisis secara hand-on bagi penentuan kandungan besi dan titanium dalam sampel yang disediakan.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kakitangan PPM.
Aktiviti Persampelan Efluen di Kawasan Lombong Bukit Ibam
PAHANG, 20-22 FEB - Pasukan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) terdiri daripada Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong Kuari (CTPLK) dan Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) telah melaksanakan aktiviti persampelan efluen di kawasan lombong Bukit Ibam dan persekitaran dibawah Projek Pembangunan Rawatan Saliran Lombong Berasid (AMD) pada 20-22 Februari 2024. Aktiviti persampelan ini juga turut dibantu bersama oleh pasukan Unit Lombong dan Kuari, JMG Pahang.
Projek Pembangunan Rawatan AMD ini adalah merupakan projek bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang.
Lawatan Rasmi Delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah
IPOH, 22 FEB β Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan rasmi delegasi daripada Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah seramai 12 orang peserta.
Satu sesi perbincangan bersama juga telah diadakan antara PPM diketuai oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr Nazwin binti Ahmad dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), YBhg. Datoβ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil.
Sesi perkongsian berkaitan aktiviti R&D&C&I di PPM telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Nazwin Ahmad. Perkongsian berkaitan aktiviti perkhidmatan di BPT juga telah disampaikan oleh YBhg. Datoβ Ir Ahmad Zukni.
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengenali dan mendapat maklumat berkaitan dengan inovasi yang telah dijalankan di PPM serta aktiviti makmal di BPT sebagai usaha untuk mewujudkan satu rantaian nilai yang komprehensif dalam bidang perlombongan dan mineral antara agensi kerajaan dengan pihak industri.
YBhg. Datoβ Seri Mohd Ajib Anuar selaku Presiden Dewan Perlombongan Malaysia (MCOM) merangkap Pengerusi Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah berharap agar aktiviti berkaitan perlombongan yang sedang dijalankan dapat memberi pulangan dari segi nilai kepada semua yang terlibat dalam industri termasuk komuniti dan berkongsi pengalaman-pengalaman sepanjang pemprosesan mineral dan cabaran-cabaran yang dilalui.
Selain itu, lawatan ke makmal memprosesan mineral, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral bagi penyelidikan berkaitan dengan peningkatan kandungan timah daripada timah primer yang kaya dengan mineral siderit, diikuti dengan pengekstrakan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dan pengekstrakan pelarut daripada sumber lempung jerapan ion (IAC). Kemudian, rombongan dibawa ke makmal ICP-OES di Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian. Sesi lawatan telah diakhiri dengan lawatan ke Makmal ICP-MS di Bahagian Perkhidmatan Teknikal.