KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHUTANAN NEGERI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT TUAN PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PERHUTANAN NEGERI JOHOR

Kota Iskandar, 20 Februari 2024 – Tuan Pengarah JMG Johor Tuan Haji Noorazhar bi Ngatimin bersama En Norhazidi bin Masrom (Penolong Pengarah Kanan) berkesempatan berkunjung hormat rakan sejawatnya Pengarah Perhutanan Negeri Johor, Dato’ Haji Salim bin Aman di pejabat beliau di Kota Iskandar.

Baca selanjutnya

MESYUARAT CAWANGAN EKONOMI MINERAL BIL.1/2024 IBU PEJABAT JMG DAN MAJLIS PERPISAHAN PN. BRENDAWATI ISMAIL

16 Februari 2024, Putrajaya – Mesyuarat Cawangan ekonomi Mineral Bil.1/2024 telah dipengerusikan oleh Pengarah Ekonomi Mineral, En. Yusari bin Basiran dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Ekonomi Mineral, Pn. Haniza binti Zakri, KPPK Perhubungan Industri, En Zamzuri bin Ghazalee, KPP Tekno Ekonomi, En. Salehuddin bin Mohamad, mantan KPP Dagangan Antarabangsa, Pn. Brendawati binti Ismail serta pegawai-pegawai Cawangan Ekonomi Mineral.
 
Seusai mesyuarat berlangsung, pihak Cawangan Ekonomi Mineral telah mengadakan sebuah majlis perpisahan bagi Pn. Brendawati binti Ismail yang telah mendapat kenaikan pangkat ke Gred52 di JMG Selangor/W.Persekutuan.
 
Jalan-jalan ke Kota Raja,
Hampir lupa singgah mertua,
Berpisah hanyalah tempat kerja,
Bukan pisah untuk selamanya
 
Pihak Cawangan Ekonomi Mineral mengucapkan semoga puan terus cemerlang dan maju jaya di tempat baru.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.2 TAHUN 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.2 TAHUN 2024
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRES BIL.2 TAHUN 2024
 
📍Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), KL
📆 14 Februari 2024
 
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Bil.2 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Damar Minyak, JPSM, KL.
 
YBhg. Datuk P.Geol Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG, YBrs. Tn. Hj. Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG serta beberapa wakil dari Ibu Pejabat JMG telah hadir ke majlis tersebut.