π— π—˜π—¦π—¬π—¨π—”π—₯𝗔𝗧 π— π—’π——π—¨π—Ÿ π—”π—‘π—”π—Ÿπ—œπ—¦π—œπ—¦ π— π—”π—žπ— π—”π—Ÿ 𝗣π—₯π—’π—π—˜π—ž π— π—œπ—‘π—šπ—˜π—’π—šπ—œπ—¦

Β 
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 27-29 Februari 2024 bertempat di Hotel Seri Warisan,Taiping, Perak. Terima kasih kepada semua kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG yang turut sama menjayakan sesi modul tersebut.

MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATANΒ MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKANΒ AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRSΒ 3B

MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATANΒ MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKANΒ AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRSΒ 3B

IPOH, 22 FEBRUARI 2024: Majlis ini merupakan satu langkah positif dalam mengukuhkanΒ hubungan dan kerjasama di antara kedua agensi terlibat iaitu pihak JMG (Unit GeologiΒ Marin) dan pihak NAHRIM (Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi). Majlis ini bertujuanΒ untuk menyelaraskan dan memperjelaskan peranan serta tanggungjawab agensi dalamΒ pelaksanaan projek Kajian Hidraulik bagi Projek Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B.

Baca selanjutnya

MESYUARAT NAIK TARAF SISTEM BEKALAN AIR DI FASILITI KLINIK KESIHATAN

MESYUARAT NAIK TARAF SISTEM BEKALAN AIR DI FASILITI KLINIK KESIHATAN

Johor Bahru, 22 Februari 2024 – Mesyuarat Naik Taraf Sistem Bekalan Air di Fasiliti Klinik Kesihatan yang dikenalpasti di Klinik Desa Pulau Tinggi dan Klinik Desa Pulau Sibu, Mersing Johor. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan HajiΒ Noorazhar bin NgatiminΒ dan turut serta juga ialah wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia Negeri Johor. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza,Β Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru JMG Johor.

Sumbangan artikel : FBΒ jmgjohor

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR (StatsMalaysia) DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) NEGERI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR (StatsMalaysia) DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 21 Februari 2024 – StatsMalaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai maklumat statistik termasuk dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.

Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin NgatiminΒ telah berkunjung hormat ke rakan sejawat beliau iaitu Puan Mazreha binti Ya'akub (Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor) dalam rangka menjalin hubungan dan kerjasama dalam hal-hal berkaitan statistik. Setiap tahun, JMG turut melaksanakan kerja-kerja pengumpulan dan mengeluarkan laporan statistik berkaitan pengeluaran dan penggunaan mineral dan batuan negara. Justeru kerjasama JMG-DOSM ini akan memantapkan lagi bentuk maklumat dan rumusan data yang diperoleh agar laporan yang dikeluarkan lebih bermanfaat sama ada kepada Kerajaan mahu pun pemain industri berkaitan.

KURSUS e-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER

KURSUS e-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN TENDER

Johor Bahru, 19 Februari 2023 -Β Kursus e-Perolehan Modul Sebutharga dan TenderΒ kepadaΒ Pegawai dan kakitangan JMG Johor bagi tujuan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai proses sebutharga Jabatan menggunakan sistem ePerolehan telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Makmal Komputer (Lab A), Menara TH tingkat 11 Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor.

Baca selanjutnya