SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI DARIPADA ALLTERRA (M) SDN. BHD. KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI DARIPADA ALLTERRA (M) SDN. BHD. KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

SESI PEMBENTANGAN TEKNOLOGI TERKINI DARIPADA ALLTERRA (M) SDN. BHD. KEPADA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat JMG telah menganjurkan sesi pembentangan teknologi terkini yang disampaikan oleh wakil dari AllTerra (M) Sdn. Bhd. Pada 8 Ogos 2024 bertempat di bilik mesyuarat garnet.
Syarikat ini merupakan pembekal dan pengedar yang bertauliah bagi produk Trimble.

Gotong-royong Cawangan Perkhidmatan Makmal

Gotong-royong Cawangan Perkhidmatan Makmal

IPOH, 2 Ogos 2024:  Kerja-kerja menaiktaraf Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Ipoh, telah mencapai 95% siap. Sehubungan dengan itu, hari ini telah diadakan gotong-royong memindah, menyusun, membersih makmal telah diadakan sebagai persiapan untuk melaksanakan perkhidmatan analisis seperti biasa.

Baca selanjutnya

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1446H

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA 1446H
IPOH, 26 Julai - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) melalui Biro Hawa telah menganjurkan satu program memasak bubur asyura bertempat di Dewan Serbaguna, PPM.
Kira-kira 140 bekas bubur asyura telah diedarkan kepada ahli KSKPPM termasuk ahli bersekutu, staf pembersihan dan pengawal keselamatan di PPM.
Diharapkan program ini dapat merapatkan hubungan
silaturahim di antara ahli KSKPPM disamping menyemarakkan semangat kerjasama
serta kerja berpasukan yang harmoni di kalangan ahli KSKPPM.

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL KEPADA PASUKAN PAMERAN DAN GALERI PPM

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL KEPADA PASUKAN PAMERAN DAN GALERI PPM
IPOH, 22 Julai - Satu taklimat MS ISO 9001:2015 bagI Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) telah diadakan kepada ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM.
Taklimat ini bertujuan memberi maklumat dan input terkini mengenai perkhidmatan ujian batu dimensi dan ujian pemprosesan mineral di mana perkhidmatan ujian ini telah mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2015.
Ini adalah kerana ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM merupakan barisan pertama yang akan bertemu dan mempromosikan perkhidmatan ini secara langsung kepada orang awam dan pihak industri yang berpotensi sebagai pelanggan perkhidmatan kami.
Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh En. Costantine Joannes dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) bagi perkhidmatan ujian pemprosesan mineral manakala Ts. Zawawi bin Mahim dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) telah menyampaikan taklimat berkenaan perkhidmatan ujian batu dimensi.

PESTA JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

PESTA JOM MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
IPOH,18 Julai - Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu pesta makan yang berteraskan buah–buahan tempatan bertempat di perkarangan PPM Square.
Pesta buah ini melibatkan keseluruhan ahli kelab yang berdaftar termasuk ahli-ahli bersekutu dan merupakan antara salah satu acara tahunan yang sering dinantikan oleh ahli kelab apabila munculnya musim buah.
Penganjuran pesta ini dilihat mampu memberi impak positif dari aspek kemahiran bersosial di kalangan ahli dan menjadi platform yang terbaik dalam memberi pengetahuan tentang buah-buahan tempatan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab.