MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 3/2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 3/2024
IPOH, 4 Julai - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 3 Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Seminar, PPM pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa telah dipimpin oleh En. Zamri bin Osman, lafaz ikrar oleh En. Abdul Quyyum dan penaik bendera oleh En. Muhammad Fazir.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM dengan menyampaikan perutusan amanat kepada seluruh warga kerja PPM.
Majlis ini diikuti dengan tayangan video perpindahan kakitangan yang telah berpindah dari PPM ke jabatan lain iaitu En. Hasbullah bin Bakar (berpindah ke Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Sayak, Jabatan Pertanian Kedah) dan En. Muhammad Firdaus bin Musa (berpindah ke Institut Sumber Marin Asia Tenggara, Cendering, Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia).
Tayangan video bersempena dengan kakitangan yang bersara juga telah ditayangkan pada majlis ini iaitu Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan Pemprosesan Mineral, Q54 (bersara paksa pada 7 Julai 2024) dan En. Hassan Bin Ismail, Pembantu Operasi Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, N14 (bersara paksa pada 15 Julai 2024). Dalam majlis ini, Dr. Hj. Ismail telah menyampaikan ucapan persaraan beliau dan kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan perkhidmatan.
Seterusnya Pengarah Kanan PPM telah menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh Bil. 1 Tahun 2024 dan pemenang pertandingan Fantasy Premier League (FPL) Piala YDP KSKPPM 2023/2024.
Majlis disusuli dengan tayangan montaj imbasan aktiviti & peristiwa sekitar bulan Mei hingga Julai 2024, tayangan slot Informasi, video sambutan ulangtahun kelahiran bulan Julai, pengenalan kakitangan baharu dan sesi bergambar.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan pemotongan kek sempena persaraan Dr. Hj. Ismail Ibrahim dan En. Hassan Ismail.

KURSUS PENDEK “NAVIGATING THE DEPTHS OF NR-REE”

KURSUS PENDEK “NAVIGATING THE DEPTHS OF NR-REE”
2 Julai 2024 | Selasa - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan satu kursus pendek “Navigating The Depths of NR-REE” pada hari ini. Kursus ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan secara komprehensif tentang sumber nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Seramai 70 orang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 44 pegawai JMG, 1 orang pelajar latihan industri di PPM manakala 25 orang daripada pihak industri, perunding dan institusi pengajian tinggi yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam industri sumber nadir bumi bukan radioaktif.
Sebanyak 4 perkongsian teknikal telah dibentangkan. Perkongsian pertama bertajuk Geology of Granite and Its Ion Adsorption Clay of Peninsular Malaysia telah disampaikan oleh Prof. Dr. Azman bin Abd. Ghani, dari Jabatan Geologi, Universiti Malaya, perkongsian teknikal kedua bertajuk Unearthing The World’s Critical Raw Materials: Rare Earth Elements telah dibentangkan oleh P.Geol Che Wan Rabiatul Adawiah binti Wan Mohd. Ali dari MRCE Resources Sdn. Bhd., perkongsian teknikal ketiga bertajuk Multistage Solvent Extraction For Separation and Purificatuon of Rare Earth Elements disampaikan oleh Dr. Meor Yusoff bin Meor Sulaiman dari Fenomena Inovasi Sdn. Bhd. Manakala perkongsian teknikal keempat bertajuk Research & development on NR-REE in Mineral Research Centre telah dibentangkan oleh Dr. Ismail bin Ibrahim.
Semoga semua peserta kursus dapat memanfaatkan program perkongsian ilmu ini bersama pakar yang berpengalaman ke arah membangunkan industri mineral terutama sumber nadir bumi bukan radioaktif di Malaysia.

Lawatan kerja YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG ke stesen telemetri air bawah tanah Langkawi

Lawatan kerja YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG ke stesen telemetri air bawah tanah Langkawi
Lawatan kerja YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG ke stesen telemetri air bawah tanah Langkawi
📍 Balai Bomba Padang Matsirat Langkawi.
 
Sistem telemetri ini adalah merupakan sistem yang pertama dibangunkan oleh JMG di bawah Projek Permodelan Air Bawah Tanah (PABT) Kedah.
 
PABT merupakan projek perintis JMG bagi memetakan sumber air bawah tanah secara komprehensif dengan memetakan sempadan, menilai dan menentusahkan potensi sumber air bawah tanah untuk diusahasilkan sebagai kawasan medan telaga.
 
PABT Kedah akan menyediakan inventori data yang terkini dan komprehensif bagi menyokong serta melengkapi sistem pengurusan sumber air negara secara berterusan seperti Sistem MyGEMS JMG, National Water Balance Management System (NAWABS) dan MyWater di bawah kelolaan JPS.

Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia

Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia

KAJANG, 4 Julai 2024:  Hari ini seramai 10 orang pegawai serta kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Pusat Pembangunan Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia, Kajang.

Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengurusan sisa beradioaktif yang digunapakai, prosedur keselamatan dan pengendalian bahan radioaktif

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2024 JMG JHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2024 JMG JHOR

Johor Bahru, 02 Julai 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Taufik bin Rahmat dan bacaan ikrar oleh Encik Mohd Iedil bin Omar. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya