Johor Bahru, 20 September 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2020 dan taklimat mengenai geologi warisan di negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020 kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Sambutan Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia dengan tema "Malaysia Prihatin".
JMG JOHOR MEMPROMOSIKAN "MERSING GEOPARK" DI LENGGONG, PERAK
Lenggong, Perak, 06 September 2020 – Baru-baru ini, JMG Johor telah terlibat dengan Seminar Aspirasi Lenggong Geopark yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong sebagai peserta dalam mempamerkan pameran berkenaan Geopark negeri masing-masing. Penganjuran seminar ini telah dirasmikan oleh YB Menteri KeTSA iaitu Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
TAKLIMAT BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USM
Johor Bahru, 03 September 2020 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA daripada USM yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 2 bulan telah diadakan di JMG Johor baru-baru ini. Pelajar itu, Encik Andrew A/L Seman dan Cik Logatharshini A/P Segeran telah ditempatkan di Unit Sumber Mineral dibawah seliaan En. Yusari bin Basiran. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-63
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Marilah kita semua mengucapkan kensyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini serta berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita.
SALAM MAAL HIJRAH 1442H
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1442H kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Semoga tahun hijrah yang baharu ini dapat membawa sinar kejayaan yang lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding tahun sebelum ini disamping memasang azam dan iltizam untuk berusaha dengan lebih kuat di tahun baharu ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2020 DAN PROGRAM PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Johor Bahru, 17 Ogos 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2020 dan Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2020 (1441H)
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PTG JOHOR
Iskandar Puteri, 20 Julai 2020 – Tuan Pengarah Haji Kamaruddan bin Abdullah telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir Pegarah PTG Johor di pejabatnya baru-baru ini.
PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN
Mersing, 18 Julai 2020 - Baru-baru ini, satu program lawatan kerja rasmi YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ke Taman Negara Endau Rompin bagi melihat sendiri keindahan Mersing tercinta dibahagian hutan belantara yang sangat istimewa. Program ini telah memberi ruang kepada 'Team Mersing Geopark' terutama JMG Johor untuk mempromosikan Mersing Geopark dalam program mereka dalam usaha untuk mengangkat Mersing sebagai sebuah Geopark Kebangsaan.