Segamat, 16 Julai 2020 – Pengarah JMG Johor, Tuan Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah membuat lawatan kerja ke lombong besi Honest Sam di Chaah, Segamat baru-baru ini bagi melihat sendiri kerja-kerja pengauditan ‘Sustainable Development Indicators’ (SDI) yang dijalankan oleh pihak JMG Malaysia. Tujuan utama pengauditan ini dijalankan adalah untuk memastikan setiap lombong dan kuari yang beroperasi mengikut sop penjagaan alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar bagi ekosistem dan persekitaran yang sihat diperlukan untuk kelangsungan hidup manusia dan organisma lain.
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN APC 2019 DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 12 Julai 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Johor. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali.
PROJEK SEKAMPIT BERAS
Johor Bahru, 20 Mei 2020 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.
PROGRAM 'GEOKREASI' EPISOD MERSING GEOPARK
Mersing, 24 - 29 Jun 2020 – Baru-baru ini, satu program ‘Geokreasi’ Episod Mersing Geopark iaitu program dokumentari berkenaan geologi, geotapak, geopark dan rekreasi yang merupakan kerjasama antara RTM-TVOKEY dan JMG telah dijalankan disekitar semua tapak warisan geologi sekitar Mersing.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2020 DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI
Johor Bahru, 21 Jun 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2020 dan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Nazal Rizal b. Abd Wahid dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
WEBINAR PEMBANGUNAN INDUSTRI UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE): SUATU PERSPEKTIF
Johor Bahru, 09 Jun 2020 - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Webinar berkenaan “Pembangunan Industri Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif” (NR-REE): Suatu Perspektif. JMG Johor juga turut sama dalam mengikuti webinar berkenaan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza tepat jam 10.00 pagi yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan teknikal.
MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XVI AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH
Johor Bahru, 7 Jun 2020 – Dirgahayu Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi ucapan tahniah, semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala lanjutkan usia KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah daripada Pengarah dan warga JMG Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2020
Johor Bahru, 27 Februari 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Noraini binti Basiri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Sivalingam a/l Krishnan . Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Yusari bin Basiran telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan selamat datang kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
LAWATAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI KE RAPID PENGERANG JOHOR
Pengerang, 13 Februari 2020 - Seramai 30 orang Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains telah turut serta dalam program lawatan kerja ke Projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JMG Negeri Bil 1/2020 di Pengerang, Johor.
Kawasan (RAPID) Pengerang dipilih sebagai lokasi lawatan kerana projek mega ini adalah sangat signifikan dengan pembangunan pesat yang sedang rancak yang akan mengubah negara kita daripada pengguna hasil petroleum kepada pengeluar bahan petrokimia dan pelbagai bahan terbitan petroleum yang bakal menjana pendapatan negara mulai kini.
TAKLIMAT KESEDARAN PEMBANGUNAN MAMPAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN TERHADAP LOMBONG DAN KUARI NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020
Johor Bahru, 18 Februari 2020 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor telah menganjurkan sesi taklimat berkenaan Kesedaran Pembangunan Mampan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Johor yang diadakan di Hotel New York, Johor Bahru. Seramai 110 orang telah hadir dalam seminar berkenaan yang terdiri daripada pengusaha lombong dan kuari, konsultan, pentadbir tanah daerah negeri Johor, pejabat PTG, agensi daripada jabatan teknikal dan PTD.