Johor, 19 Februari 2018 - Pasukan JMG Johor telah mengadakan aktiviti penyelenggaraan di 13 telaga gambut sekitar negeri Johor. Penyelenggaraan dan pembersihan kawasan telaga perlu dilakukan supaya pihak kita bersedia jika berlaku kebakaran atau jika diperlukan.
KAJIAN GEOFIZIK DI KAMPUNG SAGIL PARIT 2, KOLAM AIR PANAS GERSIK DAN KAMPUNG MELEPANG BUKIT GAMBIR
Muar, 9 Februari 2018 - JMG Johor dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) telah mengadakan kajian geofizik bagi menentukan kawasan bawah tanah dan kawasan yang sesuai untuk dijadikan titik penggerudian. Kajian ini melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Sagil Parit 2, Kolam Air Panas Gersik dan Kampung Melepang Bukit Gambir. Kajian ini bermula pada 16 hingga 30 Januari 2018 dan disambung 9 hingga 13 Februari 2018.
PEMERIKSAAN BERKAITAN PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
Mersing, 14 Februari 2018 - Pihak JMG Johor iaitu Unit Pembangunan Lombong dan Kuari telah membuat lawatan ke atas permohonan lesen pendudukan sementara di kawasan sekitar Tanah Abang, Padang Endau, Mersing.
LAWATAN TAPAK KE GIANT DISTINCTION
Kota Tinggi, 3 Januari 2018 - Baru-baru ini satu lawatan telah dibuat atas permohonan pembaharuan skim pengendalian melombong (SKSPM) Giant Distinction Sdn. Bhd. di atas Lot 328 dan Lot 329, Sungai Mukim Tengkil, Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor.
TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERHUBUNG PENUBUHAN GEOPARK MERSING
Iskandar Puteri, 12 Februari 2018 - Satu sesi taklimat dan perbincangan berhubung penubuhan Mersing Geopark telah diadakan bagi mengangkat idea penubuhan geopark ini ke dalam MMK Johor dalam masa terdekat. Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor. Hadir sama dalam taklimat ini adalah ahli Jawatankuasa Saintifik iaitu Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan), Prof. Dr. Che Aziz Ali (UKM/PPL), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (UKM/PPL), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad- Geotropik UTM, Tuan Hj Noorazhar B. Ngatimin (JMG Johor) dan Cik Nur Syahidatul Zubaida (JMG Johor). Beberapa agensi berkepentingan lain seperti wakil Pegawai Daerah Mersing, Jabatan Alam Sekitar Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor turut hadir dalam sesi ini.