Johor Bahru, 19 November 2017 - Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Hari Landskap Johor 2017 bertempat di SIREH Park@Iskandar Puteri, Nusa Idaman yang telah dirasmikan YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.
Bertemakan Landskap Aspirasi Warisan Semulajadi adalah diharapkan perancangan pembangunan mengambil kira pelbagai aspek kehidupan termasuk mengekalkan kepelbagaian biodiversiti yang merangkumi flora dan fauna. Harus diingat bahawa bumi yang dipijak ini merupakan dunia bagi segala kehidupan yang bukan khusus kepada manusia sahaja malah saling lengkap melengkapi. Bukit-bukau dan gunung-ganang merupakan pasak kepada keampuhannya dan kepelbagaian tumbuhan pula menyumbang keperluan oksigen.