7 - 9 Mac 2016 - Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh, telah mengadakan satu lawatan sambil belajar dan pengambilan sampel kajian projek penyelidikan di Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang dan Rich Marvellous Sdn Bhd di Bentong, Pahang. Tujuan lawatan adalah untuk pengambilan sampel kajian projek penyelidikan bijih kompleks serta memberi pendedahan kepada para kakitangan tentang aktiviti pemprosesan bijih emas dan juga bijih timah berskala loji. Kakitangan CTPM juga telah dibawa melawat ke tapak perlombongan dan juga ke loji pemprosesan emas di Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd dan pemprosesan bijih timah di Rich Marvellous Sdn Bhd. Dengan pendedahan ini, kakitangan CTPM yang mempunyai pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop Ujian Perkhidmatan Bijih Timah dapat mempertingkatkan lagi kompentasi mereka dalam menjalankan perkhidmatan pemprosesan mineral.
International Conference of Gobal Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016)
27 – 29 Januari 2016 - Pegawai Penyelidik PPM, En Anuar Bin Othman telah membentangkan kertas kerja poster bertajuk “PRODUCING PRECIPITATED CALCIUM CARBONATE BY FLOWING IONIC SOLUTION FROM COLUMN” di The 3rd International Conference of Global Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016) yang telah diadakan di Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang. Konferen ini adalah anjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM, Nibong Tebal Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Toyohashi, Jepun.
KEM MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA
PPM, 12 – 13 Mac, 2016 - Program Kem Motivasi Keluarga Bahagia merupakan salah satu program anjuran AKRAB Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) PPM. Ianya telah dianjurkan pada 12-13 Mac 2016 selama dua hari dan bertempat di kawasan peranginan D’ Lereng, Chepor, Perak. Seramai enam puluh lima (65) peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan dan anak-anak kakitangan. Majlis telah dimeriahkan dengan ucapan Yang Dipertua KSKPPM, Dr Hj IzharAbadi bin Ibrahim Rais dan diikuti pula perasmiannya oleh Pengarah PPM iaitu En Md Muzayin Bin Alimon.
Lawatan Sambil Belajar The University of Nottingham Malaysia Campus ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) berbesar hati menerima kunjungan seramai 120 orang pelajar dan pensyarah dari The University of Nottingham (Malaysia Campus), jurusan Chemical & Environmental Engineering, tahun kedua, pada 3 dan 10 Mac 2016 yang lalu.
Mini Lab Pemantauan Habuk dan QPINs
18 dan 19 Mac 2016 - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Mini Lab Pemantauan Habuk dan QPINs bagi memperkenalkan peralatan pemantauan habuk serta QPINs yang telah direkacipta untuk fungsi berkaitan. Tujuan Mini Lab ini juga adalah untuk mendapatkan maklumbalas dari para peserta bagi memperbaiki QPINs sedia ada. Mini Lab kali ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta, terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPM serta peserta jemputan dari IPTA dan pihak swasta.
Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekiter(NRE) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM)
23 Februari 2016 - Satu Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) telah diadakan pada 23hb Februari 2016 di Hotel Everly Putrajaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
JASAMU DIKENANG
BENGKEL PENYEDIAAN SENARAI TUGAS
23 Jun 2015, PPM telah mengadakan Bengkel Penyediaan Senarai Tugas. Bengkel ini melibatkan penyertaan dari Pegawai-pegawai Penyelidik gred Q52, Q48, Q44 dan Q41 serta Pembantu Penyelidik bergred Q26, Q22 dan Q17. Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh.
PPM MENYERTAI 6th MUSLIM WORLD BIZ 2015
6th Muslim World Biz ‘Business and Investment Zone’ Exhibition and Conference 2015 (6th Muslim World Biz 2015) telah diadakan pada 27 – 30 Oktober 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh OIC International Business Centre dengan kerjasama Islamic Centre for Development of Trade (ICDT). ICDT merupakan anak syarikat bagi Organisation of Islamic Cooperation (OIC) yang dianggotai oleh 56 buah negara Islam. Objektif utama acara ini ialah untuk meningkatkan perdagangan di antara negara Islam dengan menyediakan platform yang ideal untuk kerajaan, korporat, pelabur antarabangsa, pihak industri dan usahawan dari seluruh dunia dan untuk meneroka peluang kerjasama, pelaburan dan perdagangan di antara negara luar dengan negara-negara Islam ini. Pada tahun ini, sebanyak 1000 gerai pameran dan 3 persidangan telah diadakan dengan penyertaan daripada 500 delegasi.
BENGKEL PENGKOMERSIALAN HASIL R&D
7-8 September 2015, Bengkel Pengkomersialan Hasil R&D telah dirasmikan oleh Mantan Pengarah PPM, Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Bengkel Pengkomersialan mensasarkan objektif bagi memperkenalkan pathway untuk mengkomersialkan hasil R&D yang dihasilkan oleh para penyelidik-penyelidik di JMG secara amnya dan PPM secara khasnya. Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya selama 2 hari di PPM. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini telah dihadiri oleh 40 orang pegawai dari Ibu Pebajat JMG, JMG Negeri Perak dan juga PPM.