PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

Dua pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul 2 pingat emas semasa pertandingan sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2016 (iidex2016) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 20 - 23 September 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
 
Dua rekacipta dari PPM ini ialah Malaysian Low Cost Leucite Ingot for Restorative Dental Applications oleh Pn. Siti Mazatul Azwa bt Saiyed Mohd Nurddin, Hj. Malek b. Selamat, Dr. Hajah Rashita bt. Abd. Rashid dan Ahmad Hafiz’s b. Hamsan. Manakala satu lagi rekacipta ialah Anti Thermal Shock Porcelain Tablewares oleh Pn. Aspaniza bt Ahmad, Hj. Abdul Rois b. Abdul Mois, Hj. Kori b. Mohamad dan Pn. Loo Guek Hong.

Baca selanjutnya

Lawatan teknikal PUM-UTeM dan MCIS Safety Glass

 Lawatan teknikal PUM-UTeM dan MCIS Safety Glass

Pada 16 Ogos 2016, Encik Mohamad Haniza Mahmud dan Encik Mohd Idham Mustaffar berbincang dengan Mr. Ng Yong Siong, Pengarah Kumpulan Syarikat PUM Cullet Glass Sdn. Bhd, Pasir Gudang Johor. Perbincangan teknikal ini berkaitan dengan penggunaan kaca kitar semula dalam penghasilan jubin kaca-seramik.

Manakala pada 17 Ogos 2016, perbincangan teknikal berkaitan dengan projek jubin kaca dan perbincangan mengenai kerjasama pintar antara PPM dan UTeM di UTeM. PPM diwakili oleh Encik Mohamad Haniza Mahmud dan Encik Mohd Idham Mustaffar manakala UTeM diwakili oleh Prof. Madya Prof. Dr. Jariah binti Mohamad Joui.

Baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral 2016

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral 2016

Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia.  Bersempena dengan hari kemerdekaan negara, AJK Sambutan Kemerdekaan Peringkat PPM telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi Sambutan Kemerdekaan kali ke 59 pada tahun 2016 ini.  Bermula 29 Ogos 2016, AJK Sambutan Kemerdekaan telah mengadakan aktiviti-aktiviti Kibaran Jalur Gemilang di Dataran PPM, senamrobik dan Jejak Merdeka.  Manakala acara mendeklamasi sajak Kemerdekaan dan Tayangan Video ‘MALAYSIA #sehatisejiwa’ telah diadakan pada 30 Ogos 2016 semasa Perhimpunanan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral.

Baca selanjutnya

BENGKEL TEKNOLOGI SERAMIK 2016

BENGKEL TEKNOLOGI SERAMIK 2016

Satu bengkel teknologi seramik telah dianjurkan oleh Divisyen Pembangunan Usahawan dan Sosio Ekonomi (EDSE), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan bantuan kepakaran Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG). Bengkel ini berlangsung selama sehari untuk usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seramik Negeri Perak.

Bengkel teknologi seramik dengan tema “Penghasilan Produk Berteknologi Dan Berkualiti Ke Arah Pengkomersialan” telah diadakan pada 24 Ogos 2016 di Dewan Seminar PPM-JMG. Seramai 29 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada 16 usahawan PKS seramik Negeri Perak yang berdaftar dengan PKNP, 3 peserta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak (PKKM-CP) dan 10 peserta warga kerja penyelidikan PPM-JMG . Objektif bengkel adalah:-

  • Memastikan teknologi seramik dialih-pakai kepada PKS seramik tempatan untuk penghasilan produk yang lebih berkualiti.
  • Pendedahan maklumat terkini berkaitan teknologi dan kualiti produk seramik.
  • Mewujudkan platform untuk perkongsian pengalaman dalam bidang pembuatan produk tanah liat atau produk berasaskan tanah liat serta pengembangan idea-idea untuk meningkatkan nilai komersil sumber tanah liat dan kaolin tempatan.
  • Untuk mempromosikan teknologi pencirian, benefisiasi dan penghasilan produk berasaskan lempung dan kaolin tempatan ke arah pengkomersilan oleh PKS seramik tempatan.
Baca selanjutnya

LAWATAN PENYELIDIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE JMG PAHANG DAN LOMBONG-LOMBONG DI NEGERI PAHANG

LAWATAN PENYELIDIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE JMG PAHANG DAN LOMBONG-LOMBONG DI NEGERI PAHANG

Satu rombongan lawatan penyelidikan dari PPM telah diadakan pada 17 – 19 Ogos 2016. Rombongan seramai 36 orang ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPM termasuk juga pelajar latihan industri yang diketuai oleh En. Aminudin Mahmud. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pegawai dan kakitangan PPM mengenai operasi perlombongan terutamanya emas dan bijih timah di Malaysia.

Pada hari pertama, kami telah memulakan lawatan ke Makmal Geokimia, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan disambut oleh Pn. Hajah Hazan Maheran, Pengarah Makmal BPT, Kuantan. Kami telah diberi penerangan aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan dan berpeluang melawat makmal dan peralatan yang ada di makmal tersebut.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA 1NRE BERSAMA YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA 1NRE BERSAMA YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Pada 29 Julai 2016 (Jumaat), Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Setia 1NRE Bersama YB Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) diadakan jam 2.30 petang bertempat di Dewan Baiduri NRE, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.    Program sebegini telah diadakan bersempena dengan sambutan setahun pentadbiran YB Dato Sri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Majlis perhimpunan ini mengimbas kembali program-program serta kejayaan yang berjaya yang diucapai oleh NRE sepanjang berada di bawah pimpinan YB Menteri.  Buku bertajuk ‘Melakar kejayaan’ diterbitkan khas buat sebagai tanda penghargaan warga NRE kepada YB Menteri. Turut dilancarkan dalam majlis ini ialah Tayangan Montaj yang memaparkan logo NRE dengan wajah yang baru, Pelan Strategik, Buku Pencapaian dan Koleksi Ucapan Setahun YB Menteri dan sebagainya.

Baca selanjutnya

Lawatan dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Lawatan dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Pada 11 Ogos 2016, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan pensyarah/ penyelidik dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kumpulan ini terdiri daripada Pengarah RERC sendiri iaitu Dato Prof. Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz bersama-sama dengan Dr Mohd Yusri Mohd Yunus (Research Felo (RERC) / Pensyarah), Dr Mohd Aizuddin Abd Aziz (Research Felo (RERC) / Pensyarah) dan Dr Nurul Ain Ismail (Pegawai Penyelidik RERC).

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan sampel monazite dan xenotime bagi tujuan kajian penyelidikan mereka disamping mengadakan jalinan kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) untuk projek yang berkaitan dengan pemprosesan mineral.

Baca selanjutnya

FIESTA DURIAN 2016 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

FIESTA DURIAN 2016 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Tanggal 5hb Ogos 2016, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM telah mengadakan fiesta durian 2016. Fiesta durian ini julung kalinya diadakan di perkarangan PPM setelah mendapat sambutan yang mengalakkan dari ahli kelab KSKPPM. Pada kali ini, sambutan fiesta durian 2016 begitu meriah dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPM iaitu Encik Mahadi bin Abu Hassan dan YDP KSK iaitu Tuan Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais. Disamping itu juga, pada fiesta kali ini Kelab Sukan dan Kebajikan berbesar hati meraikan mantan NYDP iaitu Encik Mohamad Zainudin bin Abdullah yang bakal bersara pada 13.08.2016.

Baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA PPM 2016

GOTONG ROYONG PERDANA PPM 2016

PPM telah berjaya mengadakan aktiviti “Gotong Royong Perdana PPM 2016” pada 3 Ogos 2016 bertempat di SUGA, Malim Nawar Perak. Program Gotong Royong Perdana PPM 2016 ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Keceriaan dan Gotong Royong PPM di mana ia merupakan program tahunan yang dianjurkan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.  Pada tahun ini tumpuan aktiviti adalah untuk mencantik dan menceriakan lagi kawasan persekitaran SUGA di Malim Nawar, Perak.

Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memenuhi pengisian program ini seperti pembersihan di sekitar pokok jejawi, memotong rumput dan pokok-pokok di kawasan bukit tangki air, memotong pokok menjalar dan membersihkan sekitar pagar dan pintu masuk ke SUGA serta penanaman pokok buah-buahan.  Aktiviti yang dirancang ini telah mendapat kerjasama dan penglibatan yang sungguh baik dari peringkat pegawai sehingga ke kakitangan-kakitangan sokongan di PPM. Tujuan program ini juga adalah untuk menyemai sikap cintakan alam sekitar serta memupuk rasa kasih sayang dan bertanggungjawab kepada pemeliharaan kawasan SUGA.

Baca selanjutnya