7-8 September 2015, Bengkel Pengkomersialan Hasil R&D telah dirasmikan oleh Mantan Pengarah PPM, Tn Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi. Bengkel Pengkomersialan mensasarkan objektif bagi memperkenalkan pathway untuk mengkomersialkan hasil R&D yang dihasilkan oleh para penyelidik-penyelidik di JMG secara amnya dan PPM secara khasnya. Bengkel ini telah diadakan dengan jayanya selama 2 hari di PPM. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini telah dihadiri oleh 40 orang pegawai dari Ibu Pebajat JMG, JMG Negeri Perak dan juga PPM.
Quarry Particulate Index and Noise Software (QPINs V1.0)- SATU PERISIAN MUDAH UNTUK PENGUSAHA KUARI
Aktiviti manusia daripada pelbagai aspek boleh menyumbang kepada penurunan kualiti udara dan alam sekitar. Perubahan ini amat ketara di kawasan yang berpopulasi tinggi dan juga kawasan industri yang pesat. Habuk dan bunyi bising amat sinonim di kawasan kuari dan merupakan penyumbang utama pencemaran kepada pekerja maupun komuniti sekitarnya. Persepsi orang awam terhadap masalah ini selalunya buruk kerana pencemaran udara dan bunyi bising sering dikatakan menimbulkan keadaan kurang senang penduduk berhampiran.
BEST PRACTICES ON MINE REHABILITATION And DECOMMISSIONING Kick-Off Regional Meeting On The Production Of CCOP Coffee Table Book Greenhills Elan Hotel Modern, Greenhills, San Juan City, Manila, Philippines
22-26 Jun 2015, Dr Shamsul Kamal bin Sulaiman dan En Hisamuddin bin Termidi telah menghadiri Best Practices On Mine Rehabilitation And Decommissioning, Kick-Off Regional Meeting On The Production Of CCOP Coffee Table Book Greenhills Elan Hotel Modern, Greenhills, San Juan City, Manila, Philippines. Tujuan mesyuarat ini adalah sebagai satu platform dan juga untuk mendapatkan maklumat ‘success stories’ didalam pemulihan kawasan perlombongan selepas aktiviti perlombongan.
PENGARAH PPM MENGHADIRI 3RD ASIA OFF-HIGHWAY VEHICLE SUMMIT 2015
MINI SEMINAR PROJEK THORIUM FLAGSHIP
3 Jun 2015: PPM terlibat dengan Projek Thorium Flagship di bawah Subprojek 2.1: Production of nuclear grade Thorium and Uranium from local sources for reactor fuel yang diketuai oleh Agensi Nuklear Malaysia (ANM). Projek Thorium Flagship merupakan aspirasi negara menuju kearah penjanaan tenaga elektrik daripada nuklear pada masa hadapan. Agensi-agensi lain yang terlibat dengan Projek Thorium Flagship di bawah Subprojek 2.1 selain ANM ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).