21-23 Jan 2014 - Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral, PPM telah menerima kehadiran seorang pelajar PhD dari USM iaitu En Farshid Zamani yang menjalankan ujian analisis menggunakan Alat Zeta Potential bagi kajian projek beliau ke atas sampel magnetit dari Iran.
TAKLIMAT DAN KERJA PERSAMPELAN LEMPUNG DI TRONG, TAIPING, PERAK
12 November 2014 – Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kumpulan Sokongan I, Sokongan II dan Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menjalankan Taklimat dan Kerja Persampelan Lempung di Trong, Taiping, Perak. Taklimat dan Kerja Persampelan tersebut telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 12 November hingga 14 November 2014.
PERTANDINGAN KOIR INOVASI 1NRE 2014, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
10 Nov 2014 - Pasukan Koir Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mewakili Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ke Pertandingan Koir Inovasi 1NRE 2014 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 30 September 2014.
Lawatan Teknikal di HTL Industries Sdn. Bhd dan UTM, Skudai
23 dan 24 September 2014, satu lawatan teknikal di kilang HTL Industries Sdn. Bhd. dan Universiti Teknolgi Malaysia (UTM), Skudai telah di anjurkan oleh Seksyen Teknologi Bahan Termaju (STBT). Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai STBT mengenai proses penghasilan produk solid surface disamping mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan maklumat berkaitan bahan mentah, proses dan kualiti produk yang berkaitan dengan aktiviti R&D penghasilan komposit marmar.
Lawatan Pembantu Penyelidik PPM ke Lombong Rahman Hydraulic Tin (RHT), Pengkalan Hulu, Perak
7 Mei 2014 – Seramai 30 orang Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah membuat lawatan sambil belajar ke Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic Tin (RHT) di Klian Intan, Perak pada 7 Mei 2014.