Simposium mineral 2013 (SIMPOMIN 2013) telah diadakan pada 12 dan 13 November 2013 yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Tema bagi simposium ini ialah “Mineral is important... towards a high income nation through R&D”. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan apabila Simposium ini berjaya mengumpulkan 180 orang peserta yang terdiri dari ahli akademik, penyelidik, ahli sains, ahli geologi, konsultan, pihak industri dan juga graduan universiti.
Pemantapan Pembantu Penyelidik PPM 2013
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains, melalui Unit Latihan PPM telah mengadakan Program Pemantapan Pembantu Penyelidik pada 28 - 30 Oktober 2013 bertempat di Hotel Best Western, Marina Island, Lumut, Perak. Program ini dihadiri oleh 27 orang Pembantu Penyelidik dengan dibantu oleh 3 orang urusetia. Penyelaras Program adalah Encik Aminudin bin Mahmud, Pegawai Latihan PPM. Program telah dirasmikan oleh Ir.Khor Peng Seong,Timbalan Pengarah PPM. Program ini merupakan program tahunan untuk percambahan ilmu dan perkongsian pengalam kerja antara Pembantu Penyelidik senior dengan yang baharu.
Kenangan Manis Sambutan JSK dan JHR KSK PPM
Kelab Sukan dan Kebajikan PPM telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos 2013 yang lalu, bertempat di Hotel Ritz Garden, Ipoh pada pukul 8.30 malam. Majlis telah dihadiri 300 orang yang terdiri dari keluarga kakitangan PPM. Disamping jamuan hari raya majlis tersebut juga telah meraikan seramai 7 orang kakitangan PPM yang bersara dan bertukar jabatan.
Latihan Persampelan Pasir
PPM, 8 Julai 2013 – PPM telah menganjurkan satu sesi Latihan Persampelan Pasir di Stesen Ujian Galian (SUGA). Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai, kakitangan-kakitangan dan juga pelajar-pelajar Latihan Industri telah hadir ke sesi latihan tersebut. Latihan persampelan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan bagaimana kaedah pengambilan sampel pasir dilakukan semasa di lapangan. Peserta didedahkan kepada peralatan-peralatan yang digunakan semasa pengambilan sampel dan juga demo kaedah penggunaan Bangka Tangan, Hand Auger dan juga mendulang.
Latihan Teknikal Ke Adtec, Taiping
PPM, 3 Julai 2013 - PPM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari teknologi-teknologi yang terdapat di Jabatan Bahan Termaju yang terdiri daripada bidang komposit, seramik dan polimer. Seramai 15 orang kakitangan PPM telah mengikuti lawatan ini dan telah dibawa melawat ke makmal-makmal yang terdapat di Jabatan ini.