Mesyuarat dan Lawatan Pasukan Kerja A- Thorium-MOSTI/ANM di PPM

Pada 4 dan 5 Februari 2013, Jawatankuasa Kerja (A) dan Jawatankuasa Thorium Bagi Kajian Penggunaan Thorium Sebagai Bahan Asas Dalam Proses Penjanaan Tenaga Nuklear telah bermesyuarat di PPM dan seterusnya mengadakan lawatan teknikal ke kompleks JMG, Ipoh. Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengkaji penggunaan thorium sebagai bahan asas dalam proses penjanaan tenaga nuklear di Malaysia. Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bidang termasuk teknologi nuklear, kuasa nuklear, kawalseliaan nuklear, radiobiologi, fizik, perundangan, ekonomi dan geologi serta wakil dari pihak industri. PPM amat berbesar hati menerima tetamu-tetamu ini.

Baca selanjutnya

Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping - KSKPPM

Pada 16 Januari 2013, KSKPPM di bawah program PIN telah mengadakan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Taiping. Institusi ini merupakan institusi perlindungan kepada golongan warga tua yang terletak di lot 1689 dan lot 1690, Jalan Stesen, Taiping. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 dan Institusi inimampu memberi perlindungan sehingga 200 orang warga tua pada satu masa. Institusi ini memberi perkhidmatan jagaan dan perlindungan kepada warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Kemasukan warga tua ke institusi ini adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Orang Papa 1977 atau permohonan Kemasukan Secara Sukarela.

Baca selanjutnya

Latihan Hands On Pemotongan dan Pengilapan Batuan di Unit Batu Dimensi

Pada 12 Disember 2012, Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan Kursus Hands On di Unit Batu Dimensi. Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan dan tunjuk ajar cara mengendalikan alat pemotongan batu dan mesin pengilap batu mengikut prosedur yang ditetapkan. Disamping itu, para peserta kursus juga berpeluang mengendalikan mesin tersebut. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh kakitangan Seksyen Teknologi Bahan Batuan yang berpengalaman dalam ujian-ujian fizikal batu dimensi. Di akhir kursus, peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan pengalaman baru untuk mereka.

Baca selanjutnya