Lawatan dari Japan International Cooperation Agency (JICA).

Lawatan dari  Japan International Cooperation Agency (JICA).
IPOH, 26 November 2024 – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan kali kedua daripada Japan International Cooperation Agency (JICA). Lawatan ke PPM ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan JICA ke JMG bertujuan meninjau kemajuan penyelidikan REE di Pusat Penyelidikan Mineral.
Lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian berkaitan Galeri Penyelidikan PPM oleh Pn. Siti Mazatul Azwa binti Saiyed Mohd. Nurddin, taklimat berkaitan aktiviti R&D&C&I dan NR-REE di PPM disampaikan oleh oleh En. Mohd Zaid bin MD Sharif, Pegawai Penyelidik dari Cawangan Pemulihan Lombong dan Kuari di PPM.

MAJLIS PENGISYTIHARAN GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK

MAJLIS PENGISYTIHARAN GOMBAK-HULU LANGAT GEOPARK

SELANGOR, 16 NOVEMBER 2024 - Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai tapak Geopark Kebangsaan pertama Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, bertempat di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Gombak.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2024 JMG JOHOR

Johor Bahru, 24 November 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Razman bin Yusop diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Nazal Rizal bin Abd. Wahid dan bacaan ikrar oleh Encik Sivalingam A/L Krishnan. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 6/2024 DAN SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT PPM 2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 6/2024 DAN SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT PPM 2024
Ipoh, 22 November 2024 - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral Bil. 6/2024 telah diadakan pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan Lagu kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Lafaz ikrar telah diketuai oleh En. Muhammad Azammuddin dan bacaan doa dipimpin oleh En. Mohd Faiz. Manakala, penaik bendera yang bertugas ialah En. Muhamad Shamsuri.
Baca selanjutnya

LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

LAWATAN PELAJAR TAHUN SATU PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar tahun satu Pusat Pengajian Kejuruteraan Sumber Mineral, USM.
Rombongan terdiri daripada 22 orang pelajar tahun 1 dan 2 orang pensyarah pengiring dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPP, CTBT, CTPLK dan CTPM.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.