Lawatan Teknikal ke Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd

Lawatan Teknikal ke Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd

11 April 2016    -    Satu lawatan ke Vale Minerals Sdn Bhd telah diadakan yang terletak di Teluk Rubiah, Lumut, Perak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mempelajari dengan lebih dekat operasi Vale Iron Ore Distribution Centre, Lumut atau dikenali sebagai Teluk Rubiah Maritime Terminal (TRMT) untuk dijadikan sebagai panduan bagi penyediaan garispaduan dan SOP operasi pengimportan dan pengeksportan bahan secara pukal terutama untuk bijih bauksit di Kuantan. Lawatan ini diketuai oleh Dr Shamsul Kamal Sulaiman dari Pusat Penyelidikan Mineral. Seramai 13 pegawai mengikuti lawatan ini yang terdiri dari 8 pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains, seorang pegawai dari Lembaga Pelabuhan Kuantan dan 4 pegawai dari Kuantan Port Consortium.

Baca selanjutnya

Perbincangan Berkenaan Cadangan Menjalankan Proses Heap Leaching Berskala Loji Pandu di Bukit Ibam

Perbincangan Berkenaan Cadangan Menjalankan Proses Heap Leaching Berskala Loji Pandu di Bukit Ibam

18 April, 2016 - Syarikat Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd telah berkunjung ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan membentangkan cadangan untuk menjalankan proses “Heap Leaching” berskala loji pandu di Bukit Ibam. Pihak Syarikat Borneo Oil & Gas Corporation Sdn Bhd telah diwakili oleh En. Balakrishnan dan En. Zakaria.  Sementara PPM diwakili oleh Dr Shamsul Kamal Sulaiman, Dr Nazwin Ahmad, Dr Ismail Ibrahim, En Mohd Syahrir Mohd Rozi dan Cik Fatihah Azmi.  Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Tuan Haji Hisamuddin Termidi, Ir Juna Azleen Abdul Ghani dan En Hanizam Shah Saidin.

Baca selanjutnya

PERTANDINGAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KSKPPM

PERTANDINGAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KSKPPM

19 MAC 2016 - Satu pertandingan bowling antara cawangan-cawangan di PPM anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah diadakan di Ocean Bowl Setiawan, Perak.  Program ini adalah atas inisiatif dan usaha Biro Sukan KSKPPM untuk menjadikan pertandingan ini salah satu acara sukan yang dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kakitangan-kakitangan kumpulan sokongan dengan pegawai-pegawai dan juga ahli keluarga kelab KSKPPM serta untuk membudayakan semangat kesukanan didalam jiwa ahli kelab KSKPPM.

Baca selanjutnya

Aktiviti Pengambilan Sampel Barit di Gua Musang, Kelantan.

Aktiviti Pengambilan Sampel Barit di Gua Musang, Kelantan.

22 Februari 2016  -  Pengambilan sampel Barit telah dilakukan pada 22 Februari melibatkan PPM, Agensi Nuklear Malaysia dan juga Syarikat Kelstone Sdn. Bhd. (SKSB). SKSB adalah merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan yang bertanggungjawab terhadap aktiviti industri mineral di Kelantan. Sampel barit yang diambil ini adalah bertujuan untuk digunakan dalam penghasilan konkrit berprestasi tinggi yang digunakan sebagai perisai sinaran. Secara umum, barit berasal dari perkataan Greek ‘Barus’ bermaksud berat di mana mineralogi adalah barium sulfat (BaSO4). Ia mempunyai relatif ketumpatan 4.48 g/cm3 dan purata kekerasan skala Mohs adalah 3. Pada masa kini, barit banyak digunakan sebagai media pengerudian dalam eksplorasi minyak dan gas di mana mencapai antara 80-85% penggunaannya.

Baca selanjutnya

Pemantauan Impak Perlombongan Di Kawasan Berkepentingan Awam (Perlombongan Bauksit)

Pemantauan Impak Perlombongan Di Kawasan Berkepentingan Awam  (Perlombongan Bauksit)

Sebagaimana diketahui umum moratorium terhadap perlombongan bauksit telah dikenakan dari 15 Januari sehingga 15 April 2016. Mengambil kesempatan terhadap moratorium tersebut pihak Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian, Pusat Penyelidikan Mineral telah menjalankan pengambilan sampel air di 21 buah lombong Bauksit di Pahang pada 14 - 26hb Februari 2016 untuk kajian baseline.

Baca selanjutnya