IPOH,19 NOVEMBER - Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) dengan sukacitanya menyambut kehadiran empat pembantu penyelidik baru dan seorang pelajar latihan industri untuk menjalani program orientasi selama dua hari.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang aktiviti kajian dan pembangunan serta perkhidmatan pemprosesan mineral yang dijalankan khususnya di makmal CTPM.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk:
Baca selanjutnya
Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22-24 November 2024
Program ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, diskaun menarik seperti saman trafik, jualan MADANI, karnival kerjaya, dan banyak lagi aktiviti untuk rakyat.
JMG akan turut terlibat dalam program ini pada 22 dan 23 November untuk mempromosikan Aplikasi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) 
Inilah peluang untuk anda semua mendapatkan data mineral dan geosains secara PERCUMA
Bukan itu sahaja, JMG juga akan mengadakan sesi pocket talk dan perkongsian di reruai NRES tentang Gombak Hulu-Langat Geopark, the 'Urban Geopark', yang baru sahaja mendapat pengisytiharan sebagai Geopark Kebangsaan Pertama di Negeri Selangor! 






Jangan ketinggalan untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dari JMG di reruai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di K27, Hall 4, KLCC! Jumpa di sana!
PNB Tea Talk Series 2024 #13 : 'Unravelling the Sinkhole Phenomenon: A Hidden Depth Beneath Us'


YBhg. Datuk Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG telah meluangkan masa dan memberikan syarahan santai dalam sesi PNB Tea Talk Series 2024 #13 bertajuk 'Unravelling the Sinkhole Phenomenon: A Hidden Depth Beneath Us'.
PNB Tea Talk adalah sesi perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang antaranya bidang sains, sukan, kewangan mahupun pentadbiran.
Sesi ini telah berjalan dengan suasana yang amat santai, mesra dan mendapat sambutan baik dari kakitangan PNB dengan pelbagai soalan yang menarik dari audien.
JMG sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang di bawah bidangkuasa JMG; demi menyalurkan maklumat yang tepat berkaitan geologi kepada semua lapisan masyarakat.
Tahniah kepada pihak PNB dan PNB Research Institute atas inisiatif menganjurkan siri Tea Talk ini.
Tahniah juga kepada Ketua Pengarah JMG atas perkongsian yang santai dan menarik ini.
SESI LIBAT URUS RANG UNDANG-UNDANG PENYIASATAN GEOLOGI DAN GEOSAINS (RUU PGG) JMG-NRES TAHUN 2024


JMG telah menjalankan Sesi Libat Urus Rang Undang-undang Penyiasatan Geologi dan Geosains (RUU PGG) bersama jabatan dan agensi dari zon selatan yang merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sejumlah 71 orang peserta; antaranya penasihat undang-undang dari kerajaan negeri dan jabatan serta agensi telah hadir bagi membincangkan RUU PGG ini khususnya bagi melihat kepada keperluan setiap Kerajaan Negeri serta jabatan dan agensi di setiap negeri.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Zukni b. Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG.
Turut serta dalam sesi ini ialah YBrs. Tuan Ahmad Razif b. Mohd Sidek, Penasihat Undang-Undang NRES serta YBrs. En. Nor Azmi b. Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, NRES.
Cadangan penggubalan RUU PGG ini adalah bagi menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 adalah untuk memenuhi keperluan semasa bagi mewujudkan satu pengurusan strategik berkaitan dengan bidang geologi dan geosains yang lebih efisyen dan efektif.
MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN DAN TAHLIL RINGKAS
IPOH, 18 NOVEMBER - Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu sesi solat hajat, bacaan Yaasin, dan tahlil ringkas bertempat di Surau PPM, selepas solat zohor .
Majlis ini diadakan bertujuan bagi mendoakan keselamatan beberapa orang ahli KSKPPM yang akan mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, serta mendoakan kesejahteraan ayahanda Ts. Encik Muhammad Afiq Afandi Bin Abdul Aziz dan juga bagi mendoakan arwah ayahanda Puan Nabihah Binti Othman.
Semoga majlis ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.